Cubaan Penoreh Getah Seludup Daun Ketum Gagal
Kubang Pasu , 19 Okt . - Cubaan seorang penoreh getah dipercayai untuk menyeludup sejumlah 620 bungkusan daun ketum dengan anggaran berat 200 kilogram ke negara jiran gagal apabila ditahan polis di Asun di sini awal pagi, hari ini.
Ketua Polis daerah, Superintenden Abd. Rahim Abdullah berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 5.40 pagi setelah dilihat berkelakuan mencurigakan di dalam kereta jenis Proton Saga yang dinaikinya ketika menghala ke arah Changlun.
Abd. Rahim Abdullah berkata, lelaki yang berasal dari Naka itu dan daun ketum yang mempunyai nilai pasaran dari RM60 hingga RM80 sekilogram di Thailand tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Jitra untuk tindakan lanjut.
Sumber: Utusan Malaysia