Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Malaysia Perkasa Aktiviti Persatuan

Published: 24 Sep 2018 6.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 24 September 2018 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pusat kali pertama buat tahun ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-perkasa-aktiviti-persatuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT

PERKEP MALAYSIA PERKASA AKTIVITI PERSATUAN

Kuala Lumpur, 24 September 2018 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pusat kali pertama buat tahun ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh suri kepada Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor itu menjadi medan perbincangan diantara semua pengerusi PERKEP Jabatan PDRM dalam merencanakan aktiviti persatuan di masa akan datang.

Selain itu juga, ahli-ahli PERKEP yang hadir tadi dapat bertukar-tukar pandangan dan idea dalam memberi maklum balas untuk setiap aktiviti serta projek yang berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam tadi turut diserikan lagi dengan majlis sambutan hari lahir dan bacaan doa selamat buat ahli-ahli PERKEP yang meraikannya.

Hadir sama, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Suryani Sungit, barisan Setiausaha PERKEP seluruh jabatan PDRM, para Urusetia Pusat PERKEP Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Ahli-ahli PERKEP.

0S4A5050
Sesi bergambar kenangan.

0S4A5114
0S4A5108
0S4A5094
0S4A5101
Sekitar mesyuarat berlangsung.

0S4A5138
Sambutan hari lahir Ahli Jawatankuasa PERKEP Malaysia.
ArticlePublished 24 Sep 2018 6.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM