Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas 40 Mesin Judi

Diterbitkan: 23 Sep 2018 11.29 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
ALOR SETAR: Cubaan empat pekerja judi haram di Pekan Simpang Kuala, di sini, memindahkan mesin judi bagi mengelak dirampas pihak berkuasa gagal selepas premis itu diserbu polis semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-40-mesin-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

ALOR SETAR: Cubaan empat pekerja judi haram di Pekan Simpang Kuala, di sini, memindahkan mesin judi bagi mengelak dirampas pihak berkuasa gagal selepas premis itu diserbu polis semalam.

Dalam serbuan bermula jam 5 petang itu, anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar merampas 40 mesin judi yang sedang diangkut keluar dari premis perjudian di tingkat satu rumah kedai terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata pihaknya bertindak menyerbu premis terbabit selepas menerima maklumat awam yang melihat pekerja sedang memunggah mesin judi.

Menurutnya, sebaik tiba, empat pekerja lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun sedang mengangkat keluar mesin judi sebelum anggota D7 bertindak menahan mereka.

“Turut dirampas lori yang digunakan untuk mengangkut mesin judi itu dan mereka kemudian dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Beliau berkata, operasi berterusan membanteras aktiviti perjudian di daerah ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Bacaan lanjut di https://www.bharian.com.my/…/477…/polis-rampas-40-mesin-judi

ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2018 11.29 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM