Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gambar Penculik Budak Tersebar Ini Kata Polis

Diterbitkan: 24 Sep 2018 7.30 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
TULAR sejak semalam, berhubung adanya kumpulan menculik kanak-kanak yang aktif sekitar Alor Setar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gambar-penculik-budak-tersebar-ini-kata-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

TULAR sejak semalam, berhubung adanya kumpulan menculik kanak-kanak yang aktif sekitar Alor Setar.

Kenyataan di laman sosial itu dimuat naik pada 1.57 pagi tadi. Antara kenyataan itu,‘Gang culik budak-budak ada di kawasan Alor Setar, daripada grup WhatsApp kawan, tolong perhatikan kalau ada di kawasan anda. Ini hanya peringatan semua’.

FAKTA

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, gambar wajah empat individu yang ditular dengan mendakwa mereka adalah anggota kumpulan yang terlibat dengan jenayah culik sekitar Alor Setar, adalah palsu.

Menurutnya, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian culik atau cubaan menculik setakat ini.

“Hasil risikan, maklumat serta gambar yang tular itu bukan dikehendaki oleh IPD Kota Setar,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/…/gambar-penculik-budak-terse…

ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2018 7.30 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM