Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Malaysia Anjur Masak Bubur Lambuk Dan Kelas Decoupage Tiffin

Published: 22 Mar 2024 9.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia meneruskan aktiviti bulan Ramadan persatuan itu dengan menganjurkan program memasak bubur lambuk dan kelas decoupage tiffin di Rumah PERKEP Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-anjur-masak-bubur-lambuk-dan-kelas-decoupage-tiffin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:15 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia meneruskan aktiviti bulan Ramadan persatuan itu dengan menganjurkan program memasak bubur lambuk dan kelas decoupage tiffin di Rumah PERKEP Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Turut sama menjayakan program berkenaan ialah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Aktiviti dimulakan dengan decoupage iaitu tampalan menggunakan kertas tisu bercorak bagi menghasilkan sebuah tiffin yang cantik dan berseni. Kesemua peserta berjaya mempamerkan bakat masing-masing dan ternyata, hasil tangan mereka begitu mengagumkan.

Pada masa sama, turut berlangsung aktiviti membuat kuih dan memasak bubur lambuk yang diketuai sendiri oleh Puan Sri Zainah. Kesemua makanan tersebut diagihkan kepada peserta yang terlibat, warga kerja Bukit Aman dan para jemaah di Masjid Bukit Aman.

Hadir sama, barisan Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM, Ketua-ketua Biro PERKEP dan Ahli-ahli PERKEP.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people and table


ArticlePublished 22 Mar 2024 9.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM