Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Program 1 Masjid 1 Polis Penduduk Hargai Program Ini Kerana Rasa Selamat

Diterbitkan: 22 Mar 2024 9.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Inisiatif murni Polis Diraja Malaysia mewujudkan Program 1 Masjid 1 Polis mendapat penerimaan positif dalam kalangan masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-program-1-masjid-1-polis-penduduk-hargai-program-ini-kerana-rasa-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:34 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Inisiatif murni Polis Diraja Malaysia mewujudkan Program 1 Masjid 1 Polis mendapat penerimaan positif dalam kalangan masyarakat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, SAC Alina Saad berkata, program itu menerima sambutan baik kerana disenangi komuniti setempat.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada ahli jawatankuasa masjid, mereka menghargai program ini kerana rasa selamat apabila ada pegawai dan anggota polis dalam kalangan mereka.

“Mereka boleh buat aduan kepada pegawai dan anggota untuk tindakan lanjut selain menjadi rujukan sekiranya ada insiden membabitkan jenayah atau isu berbangkit di masjid berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2024 9.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM