Article
Perkasakan Penugasan Bagi Memantapkan Pasukan
Persidangan pada hari ini adalah kena pada masanya kerana kita akan menghadapi tahun baru 2012 hanya sepuluh hari sahaja lagi dan ruang serta peluang yang ada...
Bukit
Aman, 20 Dis - "Saya berpendapat persidangan pada hari ini adalah kena
pada masanya kerana kita akan menghadapi tahun baru 2012 hanya sepuluh
hari sahaja lagi dan ruang serta peluang yang ada pada hari ini boleh
dimanfaatkan untuk kita membuat refleksi terhadap segala inisiatif,
program dan apa jua usaha kita sepanjang tahun." ujar YDH Dato' Sri
Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapannya, hari
ini.
Berucap bagi merasmikan
Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Se-Malaysia Siri 3/2011 di
Bilik Mesyuarat Pengarah Jabatan Logistik, Menara 1, Bukit Aman, beliau
turut menekankan perubahan kepada penambahbaikan kualiti perkhidmatan
dalam pasukan PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh berkenaan pencapaian JSJ yang bergerak secara sinergi bersama agensi-agensi lain di bawah pelan NKRA dalam mengurangkan kadar jenayah indeks di negara sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2010 dan penurunan indeks jenayah jalanan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009.
Sejajar dengan itu juga menurutnya, PDRM melalui JSJ, JSJK dan JSJN perlu memperhebatkan pelaksanaan penugasan dalam pembanterasan jenayah-jenayah ini selain mengoptimumkan keberkesanan PDRM melalui kadar pertuduhan di mahkamah.
Turut disentuh, berkenaan Akta Perhimpunan Aman yang sedang melalui proses kelulusan di Dewan Negara di mana JSJ mahupun warga PDRM perlu peka dan tahu tentang perkembangan perundangan yang mutakhir untuk membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih bijak dan cakna.
"Dalam apa jua keadaan pun, seorang pegawai polis di semua peringkat dalam semua kapasiti hendaklah sentiasa menonjolkan sikap, disposotion dan comportment yang positif dan profesional," tambahnya lagi.
Turut hadir dalam majlis perasmian hari ini, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah JSJ, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Siasatan Dan Perundangan, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan Dan Operasi, YDH SAC Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah Perancangan Dan Strategi, YDH SAC Datuk Abdul Malek bin haji Harun, Timbalan Pengarah Data Bank DNA, Ketua-ketua JSJ Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan amanatnya.
Sekitar persidangan

Sesi bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Wartawan : L/Kpl Irfan Bin Bujang
Jurufoto : L/kpl Mohd Shareel Bin Shahriman