Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perjumpaan Mdn Bersama Pegawai Hal Ehwal Islam Pdrm Sebagai Pemangkin Semangat Mantapkan Integriti Warga Pasukan

Published: 08 Oct 2025 11.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Perjumpaan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu turut dihadiri Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjumpaan-mdn-bersama-pegawai-hal-ehwal-islam-pdrm-sebagai-pemangkin-semangat-mantapkan-integriti-warga-pasukan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:49 MYT
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Perjumpaan Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Pegawai Hal Ehwal Islam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan bagi memperkasa peranan mereka sebagai pemangkin semangat dan pemantap integriti warga Pasukan.

Perjumpaan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu turut dihadiri Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad.

Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif murni MDN bagi mempererat hubungan dan memperkukuh jalinan kerjasama antara kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama warga perkhidmatan awam yang berperanan sebagai pelaksana dasar dan penggerak di peringkat organisasi.

Seramai 187 Pegawai Hal Ehwal Islam dari kontinjen dan formasi Selangor, Kuala Lumpur (KL) serta Negeri Sembilan hadir secara fizikal, manakala 624 pegawai dari seluruh kontinjen termasuk Sabah dan Sarawak menyertainya secara telesidang.

Dalam amanatnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyeru para pegawai memperbanyakkan program "outreach" sebagai usaha memperluas dakwah serta menghubungkan amanah tugas melampaui tanggungjawab hakiki, sekali gus memperkasa pendekatan Islam yang holistik dan memberi manfaat kepada warga Pasukan serta masyarakat.

Beliau turut menasihatkan agar para pegawai terus proaktif membangunkan khidmat komuniti di daerah masing-masing, bukan sekadar menyampaikan teori tetapi membuktikan tekad dan tanggungjawab melalui tindakan yang nyata.

Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada MDN atas kesudian beliau meluangkan masa bagi merealisasikan perjumpaan penuh bermakna itu.

“Semoga pertemuan ini menghasilkan ketetapan yang holistik dan proaktif ke arah memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan, sekali gus memartabatkan keselamatan negara serta PDRM di persada antarabangsa,” ujarnya.

Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, pegawai kanan polis dan KDN.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 3 people, lighting, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says '@HI @H MILIK'

May be an image of 3 people, dais and text that says '和 @HA ME MESS PEGAWAI KANAN MESSPEGAWAIKANANPORM PDRM'

May be an image of 3 people and text that says 'Majlis Perjumpaan YB MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM POLIS DIRAJA MALAYSIA OKTOBER MES

May be an image of text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

ArticlePublished 08 Oct 2025 11.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM