Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Istiadat Sambutan Perdana Menteri Rebuplik Islam Pakistan Ke Malaysia

Diterbitkan: 09 Oct 2025 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Istiadat Sambutan Rasmi Perdana Menteri Rebuplik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama (TYT) Muhammad Shehbaz Sharif yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-istiadat-sambutan-perdana-menteri-rebuplik-islam-pakistan-ke-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT
 
Putrajaya, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Istiadat Sambutan Rasmi Perdana Menteri Rebuplik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama (TYT) Muhammad Shehbaz Sharif yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra di sini, pagi tadi.

Ketibaan TYT Muhammad Shehbaz telah disambut oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai tanda hormat rasmi.

Kunjungan TYT Muhammad Shehbaz selama tiga hari ke Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas kerjasama strategik kedua-dua negara, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi serta pembangunan modal insan.

Malaysia kekal komited untuk mempererat hubungan persahabatan dengan Pakistan demi kesejahteraan bersama dan memastikan keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau terus terpelihara.

Turut hadir, Timbalan PM, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.

ArtikelDiterbitkan 09 Oct 2025 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM