Article
Perjumpaan Mca Bahagian Balai Polis Puchong Jaya Bersama Ipd Serdang
Satu Penyerahan Memorandum dan Sesi Dialog di antara MCA Bahagian Puchong, Selangor dan YDH Supt. Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Serdang telah berlangsung...
Puchong Jaya - 3 Mei 2011
Satu Penyerahan Memorandum dan Sesi Dialog di antara MCA Bahagian Puchong, Selangor dan YDH Supt. Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Serdang telah berlangsung di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor petang ini. Objektif utama pertemuan ini adalah bagi mempertingkatkan tahap keselamatan orang awam daripada ancaman sosial dan langkah-langkah penyelasaiannya.
Turut hadir petang ini adalah YDH DSP Lam Chin Fei, Timbalan Ketua Polis Serdang, YDH C/Insp Lokman bin Ahmad, Ketua Balai Polis Puchong Jaya, Y.Bhg Dato' Lee Kwai Fong, Y.Bhg En. Wong Hock Aun, Ketua Bahagian MCA Bahagian DUN Kinrara, Ahli-ahli Jawatankuasa MCA dan rakan media.
"Memorandum ini telah dibuat berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dan telah diajukan kepada Pusat Perkhidmatan MCA Bahagian Puchong. Di samping itu juga, pertemuan ini bertujuan membina satu mekanisma dan kesefahaman mengenai sistem kepolisan di antara polis dan orang awam. Kehadiran kami pada petang ini adalah untuk bersama-sama dengan pihak polis mencari jalan penyelesaian dan kaedah-kaedah bagi membentras jenayah disamping meningkatkan lagi keyakinan orang ramai terhadap integriti pasukan polis", ujar En. Wong Hock Aun dalam ucapan beliau.
Antara isi kandungan memorandum yang telah dikemukakan oleh MCA Bahagian Puchong merupakan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan tahap keselematan masyarakat setempat seperti penubuhan Response Team oleh pihak polis dalam menghadapi keadaan kecemasan, sekatan jalan raya secara rambang bagi menyukarkan pergerakan penjenayah dan mengadakan hari perjumpaan mesra rakyat bersama polis.
"Saya merasa gembira dan amat berbesar hati di atas kehadiran semua Ahli MCA Bahagian Puchong, Selangor untuk membantu dan berkawan dengan warga polis", ujar YDH Ketua Polis Serdang menutup dialog petang ini.

Penyerahan Memorandum oleh Ketua Bahagian MCA Bahagian Penyelaras DUN Kinrara kepada YDH Ketua Polis Daerah Serdang

Ucapan oleh Ketua Bahagian MCA Bahagian Penyelaras DUN Kinrara

YDH Ketua Polis Daerah Serdang menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
Antara yang hadir

Wartawan : Konst Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto : L/kpl Edwind Indo