Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perjuangan Dan Pengorbanan Bekas Polis Dibukukan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Wujudnya buku 'Crimson Tide Over Borneo - Untold Police Stories and Communist Cessation of The Sarawak Communist Insurgency' yang menceritakan tentang penglibatan Polis Diraja Malaysia semasa darurat ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjuangan-dan-pengorbanan-bekas-polis-dibukukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:22 MYT

Kuching - 6 Okt 2011, "Ia merupakan satu langkah yang positif menunjukkan bahawa Persatuan Bekas Polis Malaysia adalah peka dengan apa yang berlaku semasa zaman darurat dan tidak mahu pengorbanan, jasa bakti pejuang-pejuang Negara dilupakan oleh masyarakat masa kini. Wujudnya buku "Crimson Tide Over Borneo - Untold Police Stories and Communist Cessation of The Sarawak Communist Insurgency" yang menceritakan tentang penglibatan Polis Diraja Malaysia semasa darurat telah dimeterai sebagai satu sejarah pasukan polis", ucap Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak di majlis pelancaran buku tersebut di Sarawak Club, Kuching, Sarawak.
 
Buku tersebut mula di usahakan pada tahun 2004, hasil cetusan dan nasihat YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) untuk membukukan kisah-kisah darurat. Setelah beberapa perbincangan dan usaha untuk mencari penulis yang benar-benar mempunyai kecenderungan tinggi menulis kisah mengenai polis, ianya direalisasikan oleh Encik James Ritchie dan penulis bersama oleh Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan mendiang ASP Thoo Kim Nyian.

Majlis bersejarah tersebut turut dihadiri oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Hj Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Tun Mohammed Haniff bin Omar.

Perjuangan Dan Pengorbanan Bekas Polis Dibukukan
Majlis Pelancaran Buku "Crimson Tide Over Borneo" oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak

Perjuangan Dan Pengorbanan Bekas Polis Dibukukan
Antara Pegawai-Pegawai Kanan Polis yang hadir

Perjuangan Dan Pengorbanan Bekas Polis Dibukukan
Dari kiri ... James Ritchie (Penulis), Datuk Haji Wan Junaidi (Pengerusi Persatuan Bekas Polis), Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Haji Omar.

 Perjuangan Dan Pengorbanan Bekas Polis Dibukukan
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak bersama Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara,Tun Mohammed Haniff bin Omar dan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Perjuangan Dan Pengorbanan Bekas Polis Dibukukan
Antara tetamu yang hadir...



Gambar : Bahagian Hal Ehwal Bekas Polis KDN
Penyunting Berita: Unit Laman Web & Media Sosial PDRM

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM