Shah Alam - 9 Oktober 2011. Majlis
Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia telah memberi
kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menganjurkan Kejohanan
Bola Tampar MAKSAK 2011 yang disertai oleh 13 kontinjen bermula pada 7
Oktober 2011 dan berakhir pada petang ini di Dewan Majlis Bandar Raya
Shah Alam, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
"Tahniah kepada semua
jawatankuasa pengelola dengan memberikan komitmen yang begitu tinggi,
dengan membuat perancangan dan persiapan yang begitu rapi dan terbaik",
ucap YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas
yang mewakili YDH Timbalan Ketua Polis Negara, ketika berucap di Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011.
Beliau
juga berharap, melalui kejohanan ini, ianya akan dapat mencungkil
bakat-bakat baru yang berpotensi dan berkebolehan di kalangan kakitangan
perkhidmatan awam Malaysia dalam sukan bola tampar untuk mewakili
negara ke peringkat nasional.
"Ia juga berupaya memupuk semangat
kerja berpasukan, menjana pemikiran secara strategik, kritis dan kreatif
dan akan membentuk seseorang menjadi lebih cekal, kental, penyabar dan
tabah dalam menghadapi cabaran yang lebih kompetitif dan kompleks",
tambah beliau lagi.
Kejohanan ini juga diharap dapat membuktikan
kemampuan seluruh anggota perkhidmatan awam bagi membentuk mutu kerja
perkhidmatan awam Malaysia yang lebih berdisiplin, berintegriti,
bertenaga, cergas dan mantap, ke arah mendapatkan keyakinan serta
kepercayaan perkhidmatan daripada orang ramai.
Hadir di Majlis
Penutupan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 ialah YDH SAC Dato' Zaleha
binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap
Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Y.Bhg Encik Mohammad Azahari bin
Salleh, Setiausaha Agong Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia,
Setiausaha-setiausaha Badan Gabungan MAKSAK Malaysia, dif-dif jemputan,
para pengurus pasukan serta pegawai-pegawai kanan PDRM.
Sebelum
itu, bertempat di Dewan Bankuet Sri Bistari, Intekma Resort &
Convention Centre, Shah Alam, pada 7 Oktober 2011, Majlis Makan Malam
dan Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 telah
disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku
Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara.
Kontinjen
Selangor telah menjuarai Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 dengan
menewaskan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia di peringkat akhir.
Kontinjen Johor dan Kuala Lumpur pula menduduki tempat Ketiga Bersama.
Gambar-gambar di Majlis Makan Malam dan Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011

Ketibaan YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan

Ucapan Perasmian...

Simbolik perasmian...YDH DCP Dato' Abd Rahim menandatangani di bola tampar

Bacaan ikrar kejohanan...

Pengacara majlis...ASP Zaiham bin Mohd Kahar dan Insp Norhafizah binti Mohamad Yusak dari Urus Setia KPN (Perhubungan Awam)




Antara yang hadir...

Badan Kebudayaan Muzium PDRM bersama Quintet PDRM menghiburkan hadirin yang hadir...
Penyampaian cenderahati kepada kontinjen-kontinjen









Y.Bhg
Encik Mohammad Azahari bin Salleh, Setiausaha Agong Jawatankuasa Kerja
MAKSAK Malaysia menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Abd Rahim
bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan.
Gambar-gambar di Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola tampar MAKSAK 2011

YDH
CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM
diperkenalkan kepada pemain kontinjen Selangor dan Angkatan Tentera
Malaysia sebelum berlangsungnya perlawanan akhir

Menyaksikan perlawanan akhir di Dewan MBSA, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor
Gambar-gambar perlawanan akhir Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 antara kontinjen Selangor menentang Angkatan Tentera Malaysia










Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang

Pemain paling 'senior'...Norizat bin Nordin dari kontinjen Negeri Sembilan

Tan Qee Han dari kontinjen Selangor...'Spiker' Terbaik

'Receiver' Terbaik...Mohd Jefri bin Mohd Ali dari ATM

'Setter' Terbaik...Mohd Azri bin Azimi dari kontinjen Johor


Kontinjen Johor dan Kuala Lumpur..tempat Ketiga Bersama

Naib Johan...Angkatan Tentera Malaysia

Johan...Kontinjen Selangor

Pasukan Bola Tampar Kontinjen Polis Diraja Malaysia

Ucapan
Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 oleh YDH CP Dato'
Mohamad Fuzi bin Harun yang mewakil YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Ia juga berupaya memupuk semangat kerja berpasukan, menjana pemikiran secara strategik, kritis dan kreatif dan akan membentuk seseorang menjadi lebih cekal, kental, penyabar dan tabah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-bola-tampar-maksak-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.