Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 25 Jan

Published: 08 Jan 2015 3.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 8 Jan - Perintah berkurung yang berakhir esok, sejak dilaksanakan 19 Julai tahun lepas di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), dilanjutkan hingga 25 Jan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-25-jan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:33 MYT
Kota Kinabalu, 8 Jan - Perintah berkurung yang berakhir esok, sejak dilaksanakan 19 Julai tahun lepas di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), dilanjutkan hingga 25 Jan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah itu berkenaan dibuat selepas agensi keselamatan menilai situasi keselamatan semasa dan atas pemintaan pelbagai pihak, nelayan serta penduduk di kawasan berkenaan.

Perintah berkurung itu merentasi perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Maklum balas yang diterima daripada persatuan nelayan, pengusaha pusat pelancongan dan pelancong di kawasan Esszone ialah mereka merasa selamat menjalankan aktiviti harian dengan pelaksanaan perintah berkurung itu, kata Jalaluddin kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan Jalaluddin menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis yang cemerlang.

Sebab lain, kata Jalaluddin, ialah bagi memudahkan anggota agensi penguatkusaan dan keselamatan memantau dan menyekat laluan penjenayah rentas sempadan terutama pada waktu malam.   

"Selagi ada ancaman, selagi itulah perintah berkurung ini akan diteruskan," tegas Jalaluddin. - BERNAMA
ArticlePublished 08 Jan 2015 3.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM