Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerosakan Aset Pdrm Di Kelantan Rm15 3 Juta Ahmad Zahid

Diterbitkan: 08 Jan 2015 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 8 Jan - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengganggarkan kerosakan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan berjumlah RM15.3 juta akibat banjir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerosakan-aset-pdrm-di-kelantan-rm15-3-juta-ahmad-zahid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:54 MYT
Kota Baharu, 8 Jan - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengganggarkan kerosakan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan berjumlah RM15.3 juta akibat banjir.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerosakan berkenaan melibatkan bangunan, kenderaan, peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan 19 balai polis di lima jajahan iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang.

"Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di mana elemen-elemen yang saya sebut tadi terlibat tetapi kita merasa syukur kerana Pasir Puteh, Machang, Bachok serta Jeli tidak ada kerosakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat juruterbang ASP Amirul Adli Ahmad dan pembantu juruterbang ASP Hasli Hassan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, lewat malam tadi.

Kedua-dua mereka dan dua orang lagi yang menaiki helikopter PDRM terselamat apabila ia terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah, Rabu lepas ketika misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir .

Dua lagi mangsa dikenali sebagai Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid dan Lans Koperal Arhafidah Zakaria.

Ahmad Zahid sebelum itu meluangkan masa meninjau kerosakan yang berlaku di bangunan IPK Kelantan dan Markas Operasi Bencana Banjir Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kelantan di sini. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2015 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM