Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pdrm Bersama Ketua Polis Negara

Published: 09 Jun 2014 1.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Majlis Perhimpunan Khas Pegawai-pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-khas-pegawai-pegawai-awam-pdrm-bersama-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:11 MYT

Bukit Aman - 23 Mei 2007. Majlis Perhimpunan Khas Pegawai-pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan diperkarangan Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman, anjuran Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU).

Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta pegawai-pegawai awam dari seluruh negeri. Hadir sama ialah Y.Bhg Encik Aziz Muda, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja didalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Y.Bhg Encik Abdul Rahim Jantan, Presiden Kesatuan kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU).

Dalam ucapan oleh YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, beliau menyeru kepada seluruh pegawai awam PDRM agar meningkatkan lagi integriti didalam diri kerana perkhidmatan yang berintegriti akan dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat dan secara tidak langsung akan melahirkan pekerja yang berkualiti,sejajar dengan tema perayaan Hari Pekerja pada tahun ini, "Integriti Kunci Pembangunan Negera".

Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pdrm Bersama Ketua Polis Negara
Gambar Kenangan...YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bergambar kenangan
bersama penerima-penerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara


ArticlePublished 09 Jun 2014 1.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM