Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Pdrm Bersama Ketua Polis Negara
Bukit
Aman - 23 Mei 2007. Majlis Perhimpunan Khas Pegawai-pegawai Awam PDRM
bersama Ketua Polis Negara Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
telah diadakan diperkarangan Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman, anjuran
Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis
Semenanjung Malaysia (PACSU).
Hadir
di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua
Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis
Negara, YDH Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta pegawai-pegawai awam dari seluruh
negeri. Hadir sama ialah Y.Bhg Encik Aziz Muda, Timbalan Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja didalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan
Y.Bhg Encik Abdul Rahim Jantan, Presiden Kesatuan kakitangan
Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU).
Dalam
ucapan oleh YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, beliau menyeru kepada
seluruh pegawai awam PDRM agar meningkatkan lagi integriti didalam diri
kerana perkhidmatan yang berintegriti akan dapat melahirkan sebuah
pasukan yang kuat dan secara tidak langsung akan melahirkan pekerja yang
berkualiti,sejajar dengan tema perayaan Hari Pekerja pada tahun ini,
"Integriti Kunci Pembangunan Negera".

Gambar Kenangan...YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bergambar kenangan
bersama penerima-penerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara