Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Bulanan Warga Kdn Anjuran Bersama Pdrm

Diterbitkan: 22 Aug 2023 8.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 22 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menjadi penganjur bersama Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-warga-kdn-anjuran-bersama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:17 MYT
Putrajaya, 22 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menjadi penganjur bersama Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Perhimpunan bulan Ogos tahun 2023 tadi dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama kepimpinan tertinggi KDN dengan diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tertib acara dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud sebelum disusuli lafaz ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Abidin Abdullah.

Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah pelancaran aplikasi e-reporting PDRM oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution sebagai manifestasi aplikasi terbaharu Pasukan untuk memudahcarakan orang awam membuat laporan polis berkaitan kes bukan jenayah seperti kehilangan dokumen, pembatalan permit pembantu rumah, bencana alam dan sebagainya.

Kini, orang awam boleh terus melaporkan kes-kes bukan jenayah kepada pihak berkuasa tanpa perlu hadir ke balai polis.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya tadi, Datuk Seri Saifuddin juga berbesar hati melancarkan nama baharu Kompleks KDN yang kini dikenali sebagai Kompleks Setia Perkasa.

Terdahulu, ketibaan Datuk Seri Saifuddin bersama Dato' Sri Ayob Khan di perkarangan Kompleks Setia Perkasa tadi telah disambut oleh persembahan bunga silat oleh para pesilat daripada Majlis Sukan PDRM sebelum disajikan dengan persembahan khas berupa sketsa drama tari berjudul 'Ayah' yang dikendalikan oleh Badan Seni Budaya Muzium PDRM dan Unit D6E (RMP TV), Bahagian D6, JSJ Bukit Aman.

Sketsa yang berjaya menambat hati dan menyentuh perasaan penonton itu berkisar tentang pengorbanan dan kasih sayang ketua keluarga yang juga merupakan seorang anggota polis.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua-ketua Agensi di bawah KDN, barisan Pengarah PDRM, barisan Ketua Agensi KDN dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of 1 person, flower, dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of 5 people, people dancing, people performing martial arts and text

May be an image of 5 people, television and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 9 people, dais and text that says 'duan katnya yang lebih erat dalam kalangan hidup demokratik asyarakat yang adil di mana kemakmuran at

May be an image of 9 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2023 8.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM