
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Rampas 295 Pucuk Senjata Api Kpn
Petaling Jaya, 22 Ogos 2023 - Senapang angin menggunakan bebola besi sebagai peluru antara 295 pucuk senjata api buatan sendiri yang dirampas Polis Diraja Mala...
Petaling Jaya, 22 Ogos 2023 - Senapang angin menggunakan bebola besi sebagai peluru antara 295 pucuk senjata api buatan sendiri yang dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh dua tahun sejak 2021 hingga Jun lalu.
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam tempoh sama sebanyak 23 kes jenayah melibatkan bom buatan sendiri direkodkan.
Menurut beliau, kes-kes yang direkodkan tidak melibatkan unsur jenayah dan isu keselamatan negara sebaliknya penggunaan bahan letupan tersebut banyak digunakan untuk aktiviti menangkap ikan.
“Berdasarkan risikan, terdapat segelintir nelayan membuat bom buatan sendiri bertujuan untuk aktiviti menangkap ikan.
“Dengan penggunaan bom ikan buatan sendiri, nelayan-nelayan mendapat hasil tangkapan ikan dengan lebih mudah dan banyak,” katanya di sini semalam.
Ikuti pendedahan lanjut oleh KPN, IG Tan Sri Razarudin berkenaan rampasan senjata api dan jenayah melibatkan bom buatan sendiri menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.