Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI) 2.0 yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 22 Mac lalu telah menjadi satu dasar yang jelas kepada inisiatif Malaysia menangani jenayah pemerdagangan manusia di peringkat global.
Mengambil pendekatan tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah melalui Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) telah melancarkan siri Op Pintas Khas Bersepadu untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang melibatkan para pekerja asing dan tempatan dari kalangan golongan rentan. Fokusnya hanya satu iaitu untuk mengenal pasti mangsa-mangsa yang terlibat terutamanya berada dalam sektor perkilangan mahupun perindustrian sebgaimana termaktub dalam garis panduan nasional.
