Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 14 Jun 2010. Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) telah berlangsung pagi ini di Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-semua-jabatan-peringkat-bukit-aman-anjuran-pasukan-petugas-khas-operasi-counter
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:51 MYT

Bukit Aman - 14 Jun 2010. Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) telah berlangsung pagi ini di Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.

Hadir di perhimpunan tersebut ialah YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH CP Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) , YDH Dato'-Dato' Pengarah, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan awam Bukit Aman.

Upacara dimulakan dengan menaikkan 'Jalur Gemilang' dan nyanyian lagu 'Negaraku' serta Sang Saka Biru. Bacaan doa selamat pula dipimpin oleh ASP Amran bin Yaakub dan Lafaz Ikrar oleh ACP Kwan Chwan Yaan.

Selepas ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, seramai 26 orang pegawai dan anggota telah menerima Surat Penghargaan yang disampaikan oleh YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

Nyanyian lagu Tegas, Adil dan Berhemah serta Polis Sedia berkhidmat, telah mengakhiri perhimpunan bulanan yang dikelolakan oleh Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) pada pagi ini.

Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YDH  Ketua Polis Negara, beliau berkata "Sejajar dengan Pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB), Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiatives) telah mensasarkan penembusan 50 peratus bersamaan 3.2 juta isi rumah menjelang penghujung 2010. Justeru itu, PDRM menjadi sebuah agensi penguatkuasaan dan mengawal serta perlu memiliki rangkaian komunikasi yang berasaskan Cutting-Edge Technology. Pada ketika ini sistem RMPNET adalah merupakan rangkaian Jalur Sempit (Narrowband) yang sedang dibangunkan untuk menyokong penugasan utama di seluruh negara. Sistem komunikasi ini didapati amat berkesan digunakan semasa World Islamic Economic Forum (WIEF) pada 18 hingga 20 Mei 2010."

"Berkhidmatlah dengan penuh amanah dan mesra. Bekerjalah untuk memajukan diri sendiri dan harapan rakyat sekalian serta bekerjasama membanteras jenayah bersama, jauhkanlah diri daripada rasuah dan penyelewengan dan akhir sekali, lakukan kerja secara ikhlas dan berpegang teguh dengan ajaran agama dan etika kita", kata YDH Ketua Polis Negara sebelum mengakhiri ucapannya pada pagi ini.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Kumpulan koir PDRM...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
YDH Ketua Polis Negara memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Bacaan doa dipimpin oleh ASP Amran bin Yaakub.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Lafaz Ikrar diketuai oleh  YDH ACP Kwan Chwan Yaan.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Antara anggota yang hadir...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Kakitangan Awam yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Antara pegawai kanan yang menyertai perhimpunan tersebut...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
ASP Azhar bin Hj Hashim dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menerima Surat Penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
Sjn Hairudin bin Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut tersenarai antara penerima Surat Penghargaan di Perhimpunan Bulanan tersebut.


Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Pasukan Petugas Khas Operasi Counter
YDH Ketua Polis Negara sempat bersalaman dan beramah mesra dengan semua yang hadir di Perhimpunan tersebut
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM