Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman 20140610
Bukit Aman - 20 Mei 2010. Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah telah berlangsung pagi ini di Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.
Hadir di perhimpunan tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, YDH Dato'-Dato' Pengarah, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan awam Bukit Aman.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk kawalan kehormatan yang diketuai oleh Pegawai Baris, ASP Sofian bin Santong, dibantu oleh Inspektor Mohd Zaidi bin Abu Hassan dan Sarjan Mejar Rahim bin Awang.
Upacara dimulakan dengan menaikkan 'Jalur Gemilang' dan nyanyian beramai-ramai lagu 'Negaraku' dan Sang Saka Biru. Baccan doa selamat pula dipimpin oleh Supt. Ghazali bin Haji Daud dan Lafaz Ikrar oleh YDH ACP Soon Teoh Teah.
Selepas ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, seramai 43 orang pegawai dan anggota telah menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Setelah nyanyian beramai-ramai lagu Tegas, Adil dan Berhemah serta Polis Sedia berkhidmat, maka berakhirlah perhimpunan bulanan yang dikelolakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah pada pagi ini.
Antara intipati ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota khususnya yang terlibat di dalam sebarang tugas 'Operational' membanteras jenayah, supaya memahami dengan mendalam dan mematuhi arahan-arahan khususnya yang melibatkan tatacara penggunaan senjata api, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D222, memahami dan mematuhi Arahan Pentadbiran Bilangan 67/96 bertarikh 13 November 1996 serta Arahan Pentadbiran PJSJ Bilangan 13/2009 bertarikh 23 November 2009.
"Rapatkan barisan atau 'Close Ranks', tidak harus tunduk atau membenarkan persepsi salah (Skewed Perception) di kalangan sesetengah pihak yang akan memesongkan fokus atau mengalih pandangan kita dari peranan yang sepatutnya dimainkan di sisi masyarakat, bersatu, tabah dan terus bersemangat menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara", kata YDH Timbalan Ketua Polis Negara sebelum mengakhiri ucapannya pada pagi ini.

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir di Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman

Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Pegawai Baris, ASP Sofian bin Santong, dibantu oleh Inspektor Mohd Zaidi bin Abu Hassan dan Sarjan Mejar Rahim bin Awang

Kumpulan koir PDRM...

Antara anggota yang hadir...

Kakitangan awam juga turut hadir

Lafaz Ikrar diketuai oleh YDH ACP Soon Teoh Teah

Mendahului penerima Surat Penghargaan..YDH ACP Wan Zainuldin bin Wan mahmood dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman

Inspektor Roslan bin Tambi dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur

Kpl Sanmugam a/l Subramaniam menerima Surat Penghargaan dari YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Penerima-penerima Surat Penghargaan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Penerima-penerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara