Artikel
Pelancaran Community Policing Dan Penubuhan Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah
'Program Masyarakat Bersama Polis' yang julung kalinya di adakan ini adalah satu pendekatan yang diambil oleh..
Brickfields - 22 Mei 2010. Pelancaran 'Community Policing' Dan Penubuhan Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah (Rakan Cop) Taman Tun Dr. Ismail telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada pagi ini.
Hadir sama di majlis pelancaran tersebut ialah YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Hj. Zakaria bin Hj. Yusof, Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md. Makinuddin, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields, Y.Bhg. Datuk Hj. Hassanuddin bin Ali, Pengerusi Masjid Al-Ghufran merangkap Timbalan pengerusi AJK Program, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta tetamu jemputan dan masyarakat setempat.
'Program Masyarakat Bersama Polis' yang julung kalinya diadakan ini adalah satu pendekatan yang diambil oleh pihak Polis Kuala Lumpur dalam memupuk minat orang ramai membantu pihak polis dalam pencegahan jenayah. Disamping usaha mendekatkan polis dengan masyarakat secara berterusan, ia juga memastikan konsep 'Community Policing' yang ingin disampaikan dapat diterima dan difahami. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif yang telah digariskan dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).
Gabungan penganjur antara Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama masyarakat setempat Taman Tun Dr. Ismail ini serta Sg. Penchala bagi menjayakan program ini adalah satu budaya tanggungjawab sosial dan tanggungjawab bersama dalam segala bentuk kerjasama sesama individu yang sekian lama dipupuk dalam kehidupan seharian yang perlu dihidupkan semula.
Usaha memberi kesedaran bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama ini adalah satu konsep 'empowerment' untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah. Dengan penubuhan program 'Community Policing' serta Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan secara agresif terutamanya di kawasan TTDI ini akan memberikan masyarakat setempat lebih prihatin dan sentiasa mengamalkan sikap suka membantu ke arah mencapai objektif pencegahan jenayah yang berkesan dalam menurunkan kadar jenayah dan seterusnya memelihara keselamatan dan keamanan masyarakat dan negara.

Ketibaan YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail

YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur bersama tetamu jemputan dari Persatuan Penduduk Taman Tun Dr. Ismail

Antara Ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Antara anggota yang hadir sama...

Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Bukit Lanjan dan Kampung Sg. Penchala...

YDH Ketua Polis Kuala Lumpur menyampaikan Surat Perlantikan kepada Jawatankuasa 'Community Policing' dari Kampung Bukit Lanjan

Persembahan menarik Persatuan Penduduk TTDI walaupun dalam keadaan hujan...

Persembahan dari Silambam Malaysia Cawangan Kuala Lumpur

Demo oleh Unit K9...menangkap pencuri motosikal dan pengedar dadah.

Demontrasi perlakuan penjenayah ketika meragut beg mangsa...