Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm

Published: 10 Jun 2014 1.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bagi meningkatkan kesedaran dan semangat kerjasama berpasukan, YDH Ketua Polis Negara mengisytiharkan moto bagi amalan 5S PDRM ialah “Persekitaran Kerja Berkualiti Budaya Kita”..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-semua-jabatan-dan-pelancaran-amalan-5s-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:04 MYT

Bukit Aman - 27 Januari 2010. Perhimpunan Bulanan  Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman pada pagi ini adalah anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), di adakan di Tempat Letak Kereta Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.

Perhimpunan telah di hadiri oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH Datuk Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Y.Bhg. Haji Isa bin Bakar, wakil Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta warga polis Bukit Aman.

Perhimpunan bulanan ini merupakan titik pertemuan pertama YDH Ketua Polis Negara dengan warga Bukit Aman bagi tahun 2010.

Antara intipati ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berpuashati dengan segala perancangan dan strategi serta tindakan yang telah diambil oleh Stakeholder dan Initiative Owner PDRM bagi memastikan hasrat kerajaan untuk menurunkan kadar Jenayah Jalanan dan kadar Jenayah Indeks menjelang akhir tahun ini.

YDH Ketua Polis Negara juga berharap pasukan PDRM memperbaiki imej melalui peningkatan disiplin dan integriti pegawai dan anggota. Amalan budaya integriti mestilah dihayati oleh setiap lapisan warga PDRM termasuk pegawai-pegawai awam di dalam PDRM.

Justeru, dalam memberi atau menyampaikan perkhidmatan yang terbaik (Good Service), PDRM perlulah memberi keutamaan seperti berikut:-

A)  Perlu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat
B)  Perlu memperbaiki atau menambahbaikkan setiap unit atau cawangan di dalam PDRM
C) Melengkapkan prosedur S.O.P supaya segala tindakan yang dibuat adalah selaras dan perlu ada pertalian (integration) dengan agensi-agensi lain dan
D)  Menentukan semua pegawai dan anggota mempunyai motivasi diri dan tidak terlibat dengan sebarang perkara yang tidak betul serta boleh menjatuhkan imej pasukan PDRM.

Sementera itu, YDH Ketua Polis Negara memaklumkan,  bajet yang diperolehi bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM 640 juta sahaja. Dengan peruntukan bajet yang diperolehi itu, setiap Jabatan/ Cawangan/ Unit perlu menjalankan perbelanjaan secara berhemah, di antaranya:-

A) Segala yang melibatkan utiliti (air dan elektrik) perlu dikurangkan bagi mengelakkan pembaziran dan pembayaran yang lebih. Justeru, semua pegawai pentadbiran hendaklah memastikan air dan elektrik ditutup selepas waktu pejabat.

B) Mengurangkan penggunaan kontraktor pembersihan kawasan iaitu dengan mengurangkan penggunaan pekerja pembersihan di dalam kawasan Pejabat/Markas/Pangkalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan mengadakan gotong-royong bersama pegawai dan anggota. Ini juga dapat menggeratkan hubungan silaturahim.

C) Memastikan segala aset dan kelengkapan di dalam bangunan dijaga dengan betul dan di selenggara dengan baik (Building Maintenance Culture). Ianya akan dapat mengurangkan kadar kerosakan pada tahap yang minima.

D) Penggunaan kertas-kertas hendaklah dikurangkan. Minit-minit mesyuarat hendaklah dibuat dan dihantar melalui komputer (e-mel).

E) Kemudahan pengangkutan udara yang diberikan kepada pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk pulang ke Semenanjung diberikan setahun sekali tiket perjalanan pergi/balik.

F) Kelayakan tambang kapal terbang bagi SAC II ke atas yang menggunakan kemudahan penerbangan atas tugas rasmi hanya dibenarkan menggunakan kelas ekonomi.

G) Penggunaan bahan api bagi kenderaan pasukan perlu dihadkan kepada tugas pejabat sahaja (Tugas Rasmi). Tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

H) Penggunaan bil bagi telefon kerajaan adalah untuk tugasan rasmi sahaja. Sekiranya bil tersebut melebihi had penggunaan yang telah ditetapkan atas tujuan peribadi ianya perlu dibayar oleh individu tersebut.

Sempena Perhimpunan Bulanan  Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman pada pagi ini, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara juga telah melancarkan Amalan 5S Polis Diraja Malaysia.

Dalam arus globalisasi, PDRM telah menerapkan amalan 5S sebagai satu program yang dapat meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian yang lebih berkesan. Amalan 5S juga dapat merealisasikan program-program kualiti ke arah pengurusan persekitaran kerja yang lebih berkualiti, bersistematik dan teratur melalui amalan SISIH (SEI-RI :menyisih dan membuang barangan yang tidak perlu di tempat kerja), SUSUN (SEI-TON : menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan), SAPU (SEI-SO : mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai, mesin dan peralatan), SERAGAM (SEI-KET-SU : seragamkan, memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan Seiri - Seiton - Seiso) dan SENTIASA AMAL (SHIT-SU-KE : berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan kerja dan bertabiat baik di tempat kerja secara berterusan).

Amalan 5S telah mula dilaksanakan dalam PDRM berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010 dan dalam Fasa 1. Amalan ini akan dilaksanakan di semua Jabatan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta Kontinjen Kuala Lumpur dan Kontinjen Selangor.

Bagi meningkatkan kesedaran dan semangat kerjasama berpasukan, YDH Ketua Polis Negara mengisytiharkan moto bagi amalan 5S PDRM ialah "Persekitaran Kerja Berkualiti Budaya Kita" dan dasar bagi amalan 5S "Melaksanakan Amalan 5S Dalam Persekitaran Kerja Yang Kondusif Dan Selamat Bagi Meningkatkan Perkhidmatan Yang Berkualiti Secara Berterusan".

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Perhimpunan Bulanan  Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman dan Pelancaran Amalan 5S PDRM

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Kawalan Kehormatan yang di datangkan khas dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Antara anggota pangkat rendah yang hadir di Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman 

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Kumpulan Koir PDRM mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk lagu 5S

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
AMIN...doa dibacakan oleh Supt. Ghazali bin Daud dari Urusetia Baka Bukit Aman

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Lafaz Ikrar di dahulukan oleh ACP Abdul hadi bin Itam, Ketua Penolong Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB/Perancang dan Penyelidik)

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Pelancaran Amalan 5S oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Mohon Izin Bersurai Dan Menjalankan Lain-lain Tugas...Kawalan Kehormatan di ketuai oleh ASP Alexzandra Muhammad bin Dawan dan dibantu oleh Insp Mohd Saiful Izwan bin Mohd Ali bersama 51 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Dan Pelancaran Amalan 5s Pdrm
Beramah mesra dengan kakitangan awam Bukit Aman sebelum meninggalkan majlis...

ArticlePublished 10 Jun 2014 1.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM