Lawatan Rasmi Ketua Perkhidmatan Awam Diraja Bhutan
Bukit Aman, 22 Januari 2010 - Ketua Perkhidmatan Awam Diraja Bhutan, Lyonpo Thinley Gyamtsho dan delegasi Perkhidmatan Awam Diraja Bhutan telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada pagi ini.
Ketibaan Lyonpo Thinley Gyamtsho telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, di pejabat beliau.
Pada lawatan yang singkat ini, beliau dan delegasi Perkhidmatan Awam Di Raja Bhutan, telah diberi taklimat oleh YDH SAC II Dato’ Aishah bt Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) bertempat di Auditorium Tingkat 16, Bukit Aman. Hadir sama ialah YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) serta Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.
Taklimat ini berkisar tentang Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Polis Diraja Malaysia. Terdapat beberapa aspek yang telah diberi penerangan iaitu sejarah penubuhan, misi, visi, fungsi, struktur organisasi dan pengurusan serta pembangunan Polis Diraja Malaysia.
Selain dari itu, taklimat mengenai Sistem Teknologi dan Maklumat Polis Diraja Malaysia juga telah di beri buat pengetahuan delegasi dari Bhutan itu. .

Ketua Perkhidmatan Awam Diraja Bhutan, Lyonpo Thinley Gyamtsho dan delegasi Perkhidmatan Awam Diraja Bhutan telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Perkhidmatan Awam Diraja Bhutan, Lyonpo Thinley Gyamtsho