
Bukit Aman, 12 November 2013 - Hari ini telah berlangsung Perhimpunan
Bulanan Jabatan Logistik bagi bulan November 2013 yang dikelolakan oleh
Bahagian Perolehan, Jabatan Logistik. Perhimpunan bulanan hari ini telah
disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah,
Pengarah Jabatan Logistik. Turut hadir perhimpunan pagi ini adalah
Timbalan Pengarah I Jabatan Logistik dan Timbalan Pengarah III Jabatan
Logistik serta KPPJL – KPPJL dari setiap Bahagian Jabatan Logistik.



























