Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selamat Memasuki Alam Dewasa

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 16 Nov - Sempena musim cuti persekolahan, Jabatan Pengurusan Kebajikan PDRM telah menganjurkan Majlis Sunathon Program Gaya Hidup Sihat PDRM Bersama PPUKM (Khatan Beramai-Ramai)...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-memasuki-alam-dewasa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:44 MYT

Bukit Aman, 16 Nov - Sempena musim cuti persekolahan, Jabatan Pengurusan Kebajikan PDRM telah menganjurkan Majlis Sunathon Program Gaya Hidup Sihat PDRM Bersama PPUKM (Khatan Beramai-Ramai).

Majlis julung-julung kalinya telah disertai oleh seramai 95 orang anak-anak warga Bukit Aman yang berumur terdiri daripada 7 hingga 14 tahun.

Penganjuran majlis seperti ini diadakan adalah untuk bukan sahaja mengukuhkan tali persaudaraan malah ia menyemarakkan lagi semangat kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.

Pada majlis ini juga, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan upacara pancutan air kepada para peserta sebagai simbolik majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini adalah Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA (PDRM), YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi B Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas(Ops/Counter Terrorism),Y.Bhg Profesor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman, Ketua Jabatan Surgeri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota PDRM, Pegawai-pegawai PPUKM dan wakil-wakil media.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
YDH Ketua Polis Negara sempat beramah mesra bersama peserta.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia beramah mesra dengan peserta.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Sekitar majlis.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
YDH Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Profesor Dato Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Antara yang hadir.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
YDH Ketua Polis Negara sempat bergurau dengan peserta dengan menggunakan pembesar suara Water Cannon.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Peserta dimandikan beramai-ramai.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar dan Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim memberi kata semangat kepada salah seorang peserta.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Sesi berkhatan.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Selesai berkhatan.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Selesai berkhatan.
Selamat Memasuki Alam Dewasa
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Profesor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman.

Selamat Memasuki Alam Dewasa
Gambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM