Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Published: 11 Jun 2014 3.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Cuaca buruk pagi ini menyebabkan Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah dilangsungkan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. Hadir perhimpunan pagi ini adalah YDH Tan .
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-anjuran-jabatan-siasatan-jenayah-komersil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:57 MYT
Bukit Aman - 27 Mei 2011

Hujan yang turun pagi ini menyebabkan Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah dilangsungkan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. Hadir perhimpunan pagi ini adalah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH Dato'-dato', YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Anggota-anggota Polis dan Kakitangan Awam.

Kepesatan pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar berserta peningkatan populasi telah meningkatkan cabaran kepada pasukan polis. Pembangunan pesat bidang ICT, contohnya merupakan salah satu cabaran tambahan seperti Lambakan Facebook, Twitter, You Tube, Friendster dan My Space. Penyalahgunaan medium laman sosial ini menimbulkan perlakuan jenayah harta benda tanpa kekerasan (non-violent, non-physical crimes). Jenayah yang menggabungkan kecanggihan ICT dan jenayah-jenayah berbentuk tradisional seperti penyebaran maklumat palsu, fitnah, penipuan, gangguan hingga kepada jenayah kompleks yang melibatkan judi/penipuan merentasi sempadan menjadikan Jenayah Siber semakin rencam, antara isi ucapan YDH Ketua Polis Negara pagi ini.

"Saya berharap kepada semua warga PDRM supaya mengutamakan amalan integriti dalam melaksanakan tugas. Saya menyeru kepada semua supaya amanah di dalam menjalankan tugas mahupun ketika bersama keluarga agar menjauhkan diri dengan apa jua bentuk penyelewengan yang boleh merosakkan diri sendiri dan keluarga", ujar YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan pagi ini.

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Bacaan doa...

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Ucapan YDH Ketua Polis Negara

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Antara yang hadir pada pagi ini

Penyampaian Sijil Penghargaan
Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil


Wartawan : L/kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
ArticlePublished 11 Jun 2014 3.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM