Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pergaduhan Warga Sri Lanka Direman Tujuh Hari

Published: 20 May 2015 10.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 20 Mei - Seorang lelaki warganegara Sri Lanka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan dan menyebabkan kematian seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Pulai Baru 1, Kampung Kepayang, Simpang Pulai semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pergaduhan-warga-sri-lanka-direman-tujuh-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:44 MYT

Ipoh, 20 Mei - Seorang lelaki warganegara Sri Lanka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan dan menyebabkan kematian seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Pulai Baru 1, Kampung Kepayang, Simpang Pulai semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) Supt Anuar Othman berkata polis menahan lelaki berumur 19 tahun yang merupakan kenalan mangsa itu di Tambun di sini pukul 9 malam tadi.

"Motif pergaduhan berpunca daripada suspek meminta hutang daripada mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis sedang mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Dalam kejadian itu, mangsa, lelaki warganegara Bangladesh berumur 43 tahun, sedang minum di restoran berkenaan bersama dua rakannya sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Polis menerima maklumat kejadian pada pukul 6.45 petang dan menemui mangsa yang memiliki taraf penduduk tetap dalam keadaan terlentang di kaki lima restoran itu.

Mangsa mati di tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan ketukan menggunakan objek keras di kepalanya.- BERNAMA

ArticlePublished 20 May 2015 10.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM