Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Ditahan Disyaki Miliki Peluru Dan Dadah Bernilai Rm77 450

Diterbitkan: 20 May 2015 10.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 20 Mei- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 50 butir peluru hidup serta pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM77,450 di tepi jalan berdekatan Pekan Rantau Panjang di Pasir Mas awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-disyaki-miliki-peluru-dan-dadah-bernilai-rm77-450
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT

Kota Baharu, 20 Mei- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 50 butir peluru hidup serta pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM77,450 di tepi jalan berdekatan Pekan Rantau Panjang di Pasir Mas awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Dato' Mazlan Lazim berkata dalam kejadian 6 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat mengesan suspek berusia 40 tahun yang memandu dalam keadaan mencurigakan di sempadan jajahan Tumpat dan Pasir Mas.

"(Selepas mengejar suspek) Anggota (polis) berjaya menahan suspek, pemeriksaan ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan sekotak peluru hidup (mengandungi 50 butir peluru jenis .38).

"Kami juga turut menemui 26 botol dadah jenis heroin, lima plastik yang mengandungi 1,000 pil kuda dan juga tiga papan dadah jenis eramin 5," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di Pasir Puteh dan Besut di Terengganu.

"Suspek ini berasal dari Besut dan dia juga bekas banduan yang dibebaskan awal tahun ini, mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan kami juga sedang kesan dia daripada kumpulan mana," katanya.

Mazlan berkata suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya telah mengambil tindakan terhadap 28 daripada 438 pesalah trafik di negeri itu yang mempunyai tiga waran tangkap dalam Ops Warta yang bermula Isnin lepas.

"Setakat hari ini kami sudah ambil tindakan terhadap 28 individu dan daripada jumlah itu, seramai 20 orang telah menyelesaikan saman.

"Lapan lagi kami akan bawa ke mahkamah dalam masa terdekat," katanya.- BERNAMA

 
ArtikelDiterbitkan 20 May 2015 10.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM