Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
KUALA
LUMPUR, 07 Januari 2012 - Hari ini telah terpahat satu lagi dalam
lipatan sejarah pasukan PDRM kerana telah melahirkan Pegawai Kanan Polis
dalam satu siri tamat latihan. Seramai 960 orang anggota polis
berpangkat Inspektor Percubaan telah tamat dalam latihannya selama 9
bulan.
Majlis
tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan penuh istiadat di Pusat
Latihan Polis Kuala Lumpur dengan di rasmikan penutupannya oleh DYMM
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Di Pertuan
Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
Sesungguhnya,
hari ini adalah merupakan hari yang amat bersejarah kepada PDRM, kerana
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan
Ibrahim, anakanda kesayangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah
ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Kanan Polis.
"Patik
serta seluruh warga PDRM sesungguhnya juga amat berbesar hati dan
berbangga dengan kesudian Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni
Sultan Ibrahim, untuk menjadi seorang warga PDRM, seterusnya bersama
patik sekalian dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara yang
tercinta ini", ucap YDH Ketua Polis Negara.
Latihan
Asas Inspektor Percubaan Siri 1 Tahun 2011 adalah yang pertama
seumpamanya dalam sejarah kepolisan negara di mana 960 pelatih Inspektor
Percubaan telah menjalani latihan secara serentak dalam satu sesi.
Adalah diharapkan latihan tersebut dapat menyemai ciri - ciri kepimpinan
dan memupuk nilai - nilai positif di dalam diri setiap pelatih, selaras
dengan prinsip "Integriti Amalan Kita" bersadurkan moto PDRM - "Tegas,
Adil dan Berhemah".
"Keselamatan
dan kesejahteraan yang di kecapi hari ini adalah terhasil daripada
kerjasama semua pihak untuk menjamin negara sentiasa selamat dan aman.
Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, telah
memberi tanggungjawab kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Dato'
Seri Hishammuddin bin Tun Hussein untuk menerajui program mengurangkan
jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara. Melalui kepimpinan
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, petunjuk-petunjuk jenayah indeks
dan jenayah jalanan pada masa ini adalah di dalam kawalan dan
menunjukkan trend penurunan. Namun begitu, PDRM terus berusaha
menurunkan kadar jenayah di seluruh negara", kata YDH Ketua Polis
Negara.
"Dunia
masa kini telah jauh berubah dan perubahan ini telah memaksa PDRM
bertindak melakukan perubahan bersesuaian dengan situasi serta trend
jenayah dalam era dunia tanpa sempadan. Bagi menghadapi suasana dan
fenomena ini, pemikiran secara kreatif dan inovatif adalah amat perlu
bagi memperkasakan PDRM dalam menghadapi arus globalisasi yang penuh
cabaran", tambah beliau lagi
Sebagaimana
yang diketahui umum bahawa PDRM telah diamanahkan untuk memelihara
undang - undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan
bertanggungjawab menjaga keselamatan negara demi kesejahteraan
masyarakat. Sungguhpun penugasan kepolisan adalah pelbagai, tetapi semua
pihak perlu bertekad untuk mengurangkan jenayah. Bagi tujuan itu,
setiap lapisan pegawai polis perlu memainkan peranan yang profesional
dan terbaik bagi mencapai sasaran dalam menjayakan projek NKRA kerajaan
dalam mengurangkan kadar jenayah.
Amanat Ketua Polis Negara...
Sebagai
bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa hadapan PDRM hendaklah
memantapkan ilmu pengetahuan, timbalah seluas - luas pengalaman,
tanamkan semangat kerja dan tanggungjawab yang tinggi dan curahkan bakti
dengan jujur dan ikhlas.
Sebagai pegawai polis yang
berhemah, anda perlu semaikan perasaan bertimbang rasa dan memahami
masalah masyarakat serta tangani masalah dan isu secara profesional
dengan fikiran yang matang. Perlu juga diingatkan bahawa, setiap pegawai
polis semestinya sentiasa mendekati masyarakat dan merapatkan hubungan
bagi menjalinkan kerjasama. Jadikan PDRM dan masyarakat saling
perlu-memerlukan dan seiring dalam memerangi jenayah.
Sebagai Ketua Polis Negara, saya sering menekankan tentang pentingnya nilai - nilai murni dalam keperibadian kita untuk diterapkan dalam penugasan kepolisan bagi memacu kemajuan negara.
Nilai dan kualiti inilah yang membentuk modal insan di dalam diri seseorang individu yang akan menjadi tonggak kepada keutuhan negara.
Masyarakat yang terlalu
mengejar arus kebendaan dan kemewahan boleh membawa kepada kemerosotan
dan penghakisan nilai - nilai dan etika murni kemanusiaan.
Kerjaya
Polis adalah satu kerjaya yang mulia lagi murni, jangan biarkan diri
dilambung badai, perkukuhkan iman dan jadikan undang - undang sebagai
pedoman. Jangan jadikan diri kita bagaikan layang - layang putus tali.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa "Policing is not a job, it is a Profession".
Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada negara. Di mana
seorang pegawai polis itu haruslah bersedia mengetepikan keselesaan dan
kepentingan peribadi demi masyarakat dan Negara.
Kita semua hendaklah
berikrar akan berkhidmat dengan penuh taat setia kepada raja dan negara.
PDRM sebagai sebuah organisasi yang profesional akan berkhidmat dengan
mengutamakan integriti, kecemerlangan dan keazaman dalam menyahut pelan
transformasi kerajaan serta "Blue Ocean Strategy" untuk menghasilkan sesebuah masyarakat yang berinovatif dan produktif.
Titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar...
Pasukan
polis merupakan satu organisasi utama yang mesti ada di mana - mana
negara di dunia ini, kerana polis lah yang bertanggungjawab sebagai
penjaga ketenteraman awam, penguatkuasa undang - undang dan pembenteras
kegiatan jenayah.
Janganlah
mengharapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang dicapai,
tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang kecil
kerana masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik.
Masyarakat
mestilah bekerjasama dan setiasa membantu pihak polis dalam memberi
maklumat dan sama - sama bertindak menghalang dari berlakunya perkara -
perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Sudah pasti semasa pihak polis menjalankan tugas akan ada terjadi kemalangan atau perkara - perkara "ACCIDENTAL"
yang tak dapat dielakkan dan jangalah hendaknya perkara - perkara ini
dibesar - besarkan dan menyerang pihak polis dengan pelbagai tuduhan dan
cacian dan adalah tidak wajar untuk menghina seluruh pasukan PDRM atas
sebab kesilapan yang dibuat oleh seorang anggotanya.
Masyarakat
umum perlu sentiasa berterima kasih kepada pasukan polis yang telah
bersungguh - sungguh berkhidmat untuk menjaga ketenteraman awam dan
kesejahteraan hidup kita.
Melalui rangkaian internet seperti melaui media sosial iaitu laman web, facebook dan twitter perkonsian
dan penyebaran maklumat secara cepat dan berkesan serta perhubungan
secara langsung dengan masyarakat awam, mampu memberi impak positif
dalam pelaksanaan tugas pasukan polis.
Turut
hadir bagi memeriahkan majlis tersebut Yang Berhormat Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku
Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Yang Amat Berhormat Dato'
Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor Dan Yang Amat
Berbahagia Datin Paduka Prof Dr. Jamilah Arifin, Yang Berhormat Datuk
Wira Abu Seman Yusop Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Yang Berbahagia
Datin Wira Rahimi binti Yeop, Yang Berhormat Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan Yang Berbahagia Datin Dr. Karen Lee
Sieng Shuen dan Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Yang Berbahagia Puan Sri Nabihah
binti Haji Hassan.
Yang
Dihormati Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara dan Yang Berbahagia Datin Sri Imran binti
Ibrahim, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Yang
Berhormat Ahli - Ahli Penasihat Jemaah Majlis DiRaja Johor, Yang
Dihormati Datuk Seri dan Dato' - Dato' Pengarah PDRM dan isteri, Yang
Dihormati Pesuruhjaya - Pesuruhjaya Polis dan Ketua - Ketua Polis Negeri
dan isteri, Yang Dihormati Senior Asisten Komisioner Zulkifli bin
Mohamad, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Siri
1 Tahun 2011, Yang dihormati Komandan - komandan Maktab dan Pusat
Latihan PDRM, Dif - dif Jemputan, Pegawai - pegawai Kanan PDRM, Para
Pelatih Inspektor, Wakil - wakil Media dan ahli keluarga Pelatih
Inspektor

Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri diiringi oleh
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara...

Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri mengiringi Duli Yang amat Mulia
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor...

Pengacara majlis menyampaikan kata - kata aluan...

Bacaan doa bagi memberkati majlis...

Antara barisan Kehormat....

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah...

Yang
Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan
Ibrahim selaku pegawai baris memohon pekenan memulakan acara...


Memeriksa baris...


Segak...

Antara pelatih terbaik...

I/20231 Masna binti Syamsul pelatih terbaik akademik...

I/20920 Mohamad Firdaus pelatih terbaik latihan luar lelaki...

I/20134 Nor Nazahiyah bt Mohamad pelatih terbaik latihan luar wanita...

I/20571 Vijay a/l Vallaizan pelatih terbaik keseluruhan...



"Segak" lintas hormat....

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan...

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ketika bertitah...







Antara persembahan yang telah diadakan pada majlis tersebut....

Antara tetamu yang hadir....





Bergambar kenang - kenangan...
Wartawan : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin dan Konst Raymond bin Martin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan