Artikel
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Pegawai-pegawai muda di dalam dewan ini hendaklah beriltizam serta menggembleng sepenuh daya usaha bersama-sama seluruh warga PDRM untuk meningkatkan prestasi...
Kuala Lumpur - 8 Januari 2012. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan
Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith
Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah mencemar duli berangkat ke
Majlis Malam Mes Inspektor Siri 1/2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia berdua turut diiringi Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Tunku Idris iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan yang Amat Mulia Paduka Putera dan Paduka Puteri serta kerabat-kerabat Diraja Johor.
Majlis malam ini adalah signifikan kerana inilah juga buat pertama kalinya sejumlah 960 orang Inspektor Percubaan menghadiri Majlis Malam Mes secara serentak pada satu masa, yang tidak pernah berlaku sepanjang sejarah tradisi Malam Mes PDRM.
Majlis yang penuh dengan adat istiadat ini juga turut dihadiri seorang putera raja yang baru menamatkan latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 7 Januari 2012, iaitu Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
"Pegawai-pegawai muda di dalam dewan ini hendaklah beriltizam serta menggembleng sepenuh daya usaha bersama-sama seluruh warga PDRM untuk meningkatkan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, sehingga PDRM mampu berdiri sebaris dengan perkhidmatan polis bertaraf dunia atau world class policing", kata-kata semangat YDH Ketua Polis Negara kepada Inspektor Percubaan.
Diakhir ucapan, YDH Ketua Polis Negara mengucapkan setinggi syabas dan tahniah kepada kesemua pegawai-pegawai muda yang telah berjaya mengharungi dan menamatkan latihan dan menunjukkan semangat yang tinggi untuk mendisiplinkan diri dan pasukan. Beliau juga berharap latihan ini telah berjaya menerapkan sikap yang positif dan terpuji dan seterusnya mempamerkan kepada masyarakat suatu imej yang memberi nilai yang tinggi dan membanggakan pasukan Polis Diraja Malaysia.
Hadir di Majlis Malam Mes ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor dan Y.A.Bhg Datin Paduka Profesor Dr. Jamilah Arifin, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg Datin Wira Rahimi binti Yeop, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YBhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam negeri dan Y.Bhg Puan Sri Nabihah binti Haji Hassan.
Turut hadir, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj. Md. Sobri, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, YB Ahli-Ahli Penasihat Jemaah Majlis DiRaja Johor, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Inspektor Percubaan menyemak kedudukan tempat...

YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Upacara Perbarisan Latihan Kursus Asas Inspektor Siri 1/2011, bergambar kenangan bersama penyambut tetamu

Antara Pegawai-pegawai Kanan dari PULAPOL Kuala Lumpur...

Inspektor Percubaan, sebagai pengiring tetamu

Juruiring tetamu ke dewan utama...

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

dari kiri...Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj. Md. Sobri dan Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim

dua dari kanan..Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunggu ketibaan ayahanda

Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

YDH Ketua Polis Negara menyambut Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Bergambar kenangan sebelum beredar ke Dewan Merdeka...

Muzik gamelan mengiringi tetamu ke Dewan Merdeka

Yang Amat Mulia Tunku Idris iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong memimpin nenda, Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah ke Dewan Merdeka

Perarakan Masuk Panji Utama PDRM

Upacara ucap selamat oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Gambar-gambar sekitar majlis

Perarakan keluar Panji Utama PDRM

Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir...

Ucapan YDH Ketua Polis Negara
Inspektor Percubaan

Persembahan...

Bakat...Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendendangkan dua buah lagu

Penyanyi Nash turut menghiburkan tetamu...

Penyampaian cenderahati kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Keberangkatan balik Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan