Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hari ini telah terpahat satu lagi dalam lipatan sejarah pasukan PDRM kerana telah melahirkan Pegawai Kanan Polis dalam satu siri seramai 960 orang anggota polis berpangkat Inspektor percubaan telah ta..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-pelatih-inspektor-siri-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:46 MYT

KUALA LUMPUR, 07 Januari 2012 - Hari ini telah terpahat satu lagi dalam lipatan sejarah pasukan PDRM kerana telah melahirkan Pegawai Kanan Polis dalam satu siri tamat latihan. Seramai 960 orang anggota polis berpangkat Inspektor Percubaan telah tamat dalam latihannya selama 9 bulan.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan penuh istiadat di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dengan di rasmikan penutupannya oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

Sesungguhnya, hari ini adalah merupakan hari yang amat bersejarah kepada PDRM, kerana Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, anakanda kesayangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Kanan Polis.

"Patik serta seluruh warga PDRM sesungguhnya juga amat berbesar hati dan berbangga dengan kesudian Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, untuk menjadi seorang warga PDRM, seterusnya bersama patik sekalian dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara yang tercinta ini", ucap YDH Ketua Polis Negara.

Latihan Asas Inspektor Percubaan Siri 1 Tahun 2011 adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah kepolisan negara di mana 960 pelatih Inspektor Percubaan telah menjalani latihan secara serentak dalam satu sesi. Adalah diharapkan latihan tersebut dapat menyemai ciri - ciri kepimpinan dan memupuk nilai - nilai positif di dalam diri setiap pelatih, selaras dengan prinsip "Integriti Amalan Kita" bersadurkan moto PDRM - "Tegas, Adil dan Berhemah".

"Keselamatan dan kesejahteraan yang di kecapi hari ini adalah terhasil daripada kerjasama semua pihak untuk menjamin negara sentiasa selamat dan aman. Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, telah memberi tanggungjawab kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein untuk menerajui program mengurangkan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara. Melalui kepimpinan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, petunjuk-petunjuk jenayah indeks dan jenayah jalanan pada masa ini adalah di dalam kawalan dan menunjukkan trend penurunan. Namun begitu, PDRM terus berusaha menurunkan kadar jenayah di seluruh negara", kata YDH Ketua Polis Negara. 

"Dunia masa kini telah jauh berubah dan perubahan ini telah memaksa PDRM bertindak melakukan perubahan bersesuaian dengan situasi serta trend jenayah dalam era dunia tanpa sempadan. Bagi menghadapi suasana dan fenomena ini, pemikiran secara kreatif dan inovatif adalah amat perlu bagi memperkasakan PDRM dalam menghadapi arus globalisasi yang penuh cabaran", tambah beliau lagi

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa PDRM telah diamanahkan untuk memelihara undang - undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara demi kesejahteraan masyarakat. Sungguhpun penugasan kepolisan adalah pelbagai, tetapi semua pihak perlu bertekad untuk mengurangkan jenayah. Bagi tujuan itu, setiap lapisan pegawai polis perlu memainkan peranan yang profesional dan terbaik bagi mencapai sasaran dalam menjayakan projek NKRA kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah.


Amanat Ketua Polis Negara...

Sebagai bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa hadapan PDRM hendaklah memantapkan ilmu pengetahuan, timbalah seluas - luas pengalaman, tanamkan semangat kerja dan tanggungjawab yang tinggi dan curahkan bakti dengan jujur dan ikhlas.

Sebagai pegawai polis yang berhemah, anda perlu semaikan perasaan bertimbang rasa dan memahami masalah masyarakat serta tangani masalah dan isu secara profesional dengan fikiran yang matang. Perlu juga diingatkan bahawa, setiap pegawai polis semestinya sentiasa mendekati masyarakat dan merapatkan hubungan bagi menjalinkan kerjasama. Jadikan PDRM dan masyarakat saling perlu-memerlukan dan seiring dalam memerangi jenayah.

Sebagai Ketua Polis Negara, saya sering menekankan tentang pentingnya nilai - nilai murni dalam keperibadian kita untuk diterapkan dalam penugasan kepolisan bagi memacu kemajuan negara.

Nilai dan kualiti inilah yang membentuk modal insan di dalam diri seseorang individu yang akan menjadi tonggak kepada keutuhan negara.

Masyarakat yang terlalu mengejar arus kebendaan dan kemewahan boleh membawa kepada kemerosotan dan penghakisan nilai - nilai dan etika murni kemanusiaan.

Kerjaya Polis adalah satu kerjaya yang mulia lagi murni, jangan biarkan diri dilambung badai, perkukuhkan iman dan jadikan undang - undang sebagai pedoman. Jangan jadikan diri kita bagaikan layang - layang putus tali.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa "Policing is not a job, it is a Profession". Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada negara. Di mana seorang pegawai polis itu haruslah bersedia mengetepikan keselesaan dan kepentingan peribadi demi masyarakat dan Negara.

Kita semua hendaklah berikrar akan berkhidmat dengan penuh taat setia kepada raja dan negara. PDRM sebagai sebuah organisasi yang profesional akan berkhidmat dengan mengutamakan integriti, kecemerlangan dan keazaman dalam menyahut pelan transformasi kerajaan serta "Blue Ocean Strategy" untuk menghasilkan sesebuah masyarakat yang berinovatif dan produktif.

Titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar...

Pasukan polis merupakan satu organisasi utama yang mesti ada di mana - mana negara di dunia ini, kerana polis lah yang bertanggungjawab sebagai penjaga ketenteraman awam, penguatkuasa undang - undang dan  pembenteras kegiatan jenayah.

Janganlah mengharapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang dicapai, tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang kecil kerana masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik.

Masyarakat mestilah bekerjasama dan setiasa membantu pihak polis dalam memberi maklumat dan sama - sama bertindak menghalang dari berlakunya perkara - perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sudah pasti semasa pihak polis menjalankan tugas akan ada terjadi kemalangan atau perkara - perkara "ACCIDENTAL" yang tak dapat dielakkan  dan jangalah hendaknya perkara - perkara ini dibesar - besarkan dan menyerang pihak polis dengan pelbagai tuduhan dan cacian dan adalah tidak wajar untuk menghina seluruh pasukan PDRM atas sebab kesilapan yang dibuat oleh seorang anggotanya.

Masyarakat umum perlu sentiasa berterima kasih kepada pasukan polis yang telah bersungguh - sungguh berkhidmat untuk menjaga ketenteraman awam dan kesejahteraan hidup kita.

Melalui rangkaian internet seperti melaui media sosial iaitu laman web, facebook dan twitter perkonsian dan penyebaran maklumat secara cepat dan berkesan serta perhubungan secara langsung dengan masyarakat awam, mampu memberi impak positif dalam pelaksanaan tugas pasukan polis.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor Dan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Prof Dr. Jamilah Arifin, Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman Yusop Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Yang Berbahagia Datin Wira Rahimi binti Yeop, Yang Berhormat Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan Yang Berbahagia Datin Dr. Karen Lee Sieng Shuen dan Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Yang Berbahagia Puan Sri Nabihah binti Haji Hassan.

Yang Dihormati Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Yang Berbahagia Datin Sri Imran binti Ibrahim, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Yang Berhormat Ahli - Ahli Penasihat Jemaah Majlis DiRaja Johor, Yang Dihormati Datuk Seri dan Dato' - Dato' Pengarah PDRM dan isteri, Yang Dihormati Pesuruhjaya - Pesuruhjaya Polis dan Ketua - Ketua Polis Negeri dan isteri, Yang Dihormati Senior Asisten Komisioner Zulkifli bin Mohamad, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Siri 1 Tahun 2011, Yang dihormati Komandan - komandan Maktab dan Pusat Latihan PDRM, Dif - dif Jemputan, Pegawai - pegawai Kanan PDRM, Para Pelatih Inspektor, Wakil - wakil Media dan ahli keluarga Pelatih Inspektor

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri diiringi oleh
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara...
 
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri mengiringi Duli Yang amat Mulia
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Pengacara majlis menyampaikan kata - kata aluan...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Bacaan doa bagi memberkati majlis...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Antara barisan Kehormat....

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku pegawai baris memohon pekenan memulakan acara...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Memeriksa baris...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Segak...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Antara pelatih terbaik...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
I/20231 Masna binti Syamsul pelatih terbaik akademik...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
I/20920 Mohamad Firdaus pelatih terbaik latihan luar lelaki...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
I/20134 Nor Nazahiyah bt Mohamad pelatih terbaik latihan luar wanita...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
I/20571 Vijay a/l Vallaizan pelatih terbaik keseluruhan...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
"Segak" lintas hormat....

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan...

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ketika bertitah...
 
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Antara persembahan yang telah diadakan pada majlis tersebut....

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Antara tetamu yang hadir....

Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Bergambar kenang -  kenangan...


Wartawan  : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto   : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin dan Konst Raymond bin Martin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM