Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007

Published: 09 Jun 2014 6.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Majlis telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-kursus-asas-inspektor-awam-siri-1-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:57 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 12 April 2008. Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Inspektor (Awam) Siri 1/2007 telah di adakan di Dataran Kawat PULAPOL Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH SAC II Amar Singh a/l Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Komandan Pusat-Pusat Latihan PDRM, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan serta pelatih Inspektor.

Seramai 495 orang Pelatih Inspektor Percubaan telah menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dengan jayanya. Daripada jumlah tersebut, seramai 218 orang adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, 266 orang berkelulusan Diploma dan 11 orang sahaja berkelulusan STPM.

Dalam tempoh sembilan bulan menjalani latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur, segala ilmu telah dipelajari yang mencukupi pelbagai aspek latihan termasuk latihan kawat, latihan fizikal, pengendalian dan penggunaan senjatapi, aspek perundangan, teknologi maklumat, pengetahuan agama dan pendidikan moral serta sebagainya diharap akan menjadi panduan semasa menjalankan tugas nanti.

Antara intipati ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap semua Pelatih Inspektor Percubaan ini berkeupayaan untuk membuat anjakan paradigma selari dengan arus pembangunan semasa untuk menjadi seorang pegawai polis yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi, berwibawa, berkaliber, berkualiti, komited, berpengetahuan luas serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat  serta dapat memenuhi kehendak aspirasi pasukan.

"Jalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, dedikasi, sopan, mesra, terutamanya apabila berinterasi dengan masyarakat. Mulakan hari pertama bertugas dengan azam dan semangat yang betul, sentiasalah berusaha untuk meningkatkan imej pasukan supaya keyakinan masyarakat terhadap PDRM akan sentiasa berkekalan" kata YDH Ketua Polis Negara kepada semua Pelatih Inspektor Percubaan.

Di upacara Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Inspektor (Awam) Siri 1/2007, Insp/P I/18322 Mohd Amirul bin Alias di umumkan Terbaik Keseluruhan, Insp/P I/18316 Hon Kah Wei Terbaik Akademik, Insp/P I/18572 Saiful Hisham bin Mohd Abd Latif Terbaik Latihan Luar (Lelaki) dan Insp/P I/18179 Nor Ellyna binti Abd Rashid Terbaik Latihan Luar (Wanita). Sementara itu ASP Mohd Padzli bin Mohd Zain di umumkan sebagai Pensyarah Terbaik, Kpl 128703 Hasmizai bin Omar Jurulatih Terbaik dan Platun Terbaik disandang oleh Platun 2, Kompeni A.

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007
YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara memberi hormat kepada Panji Utama.

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007
YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara sambil diiringi YDH Komandan PULAPOL dan PP Baris membuat pemeriksaan perbarisan

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007
Inspektor Percubaan Wanita membuat Lintas Hormat

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007
Inspektor Percubaan Lelaki membuat Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan peserta-peserta terbaik...dari kiri,Insp/P I/18316 Hon Kah Wei Terbaik Akademik, Insp/P I/18322 Mohd Amirul bin Alias di umumkan Terbaik Keseluruhan, , Insp/P I/18572 Saiful Hisham bin Mohd Abd Latif Terbaik Latihan Luar (Lelaki) dan Insp/P I/18179 Nor Ellyna binti Abd Rashid Terbaik Latihan Luar (Wanita).

ArticlePublished 09 Jun 2014 6.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM