Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Kursus Asas Kadet Asp Kpsl Inspektor Percubaan Siri 1 200

Published: 09 Jun 2014 1.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Perbarisan Tamat Latihan & Konvokesyen Kursus Asas Kadet ASP (KPSL) & Inspektor Percubaan Siri 1/2006 telah diadakan di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-konvokesyen-kursus-asas-kadet-asp-kpsl-inspektor-percubaan-siri-1-200
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 1 Jun 2007. Perbarisan Tamat Latihan & Konvokesyen Kursus Asas Kadet ASP (KPSL)& Inspektor Percubaan Siri 1/2006 telah diadakan di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Turut hadir, YDH Dato' Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Komandan-komandan Maktab PDRM dan Pusat-pusat Latihan, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan keluarga-keluarga pelatih Kadet ASP dan Inspektor Percubaan.

Seramai 12 orang pelatih Kadet ASP (KPLS) dan 431 orang pelatih Inspektor Percubaan telah berjaya menamatkan latihan. Kesemua pelatih Kadet ASP yang telah dinaikkan pangkat secara lantikan telah menjalani Latihan Asas selama tujuh bulan di Maktab PDRM, Kuala Lumpur manakala pelatih Inspektor Percubaan telah menjalani Latihan Asas di PULAPOL Kuala Lumpur selama sembilan bulan.

Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Asas Kadet ASP (KPLS) Siri 1/2006 telah disandang oleh Kadet ASP G/12339 Mazlan bin Ismail sementara Terbaik Keseluruhan Kursus Asas Inspektor Siri I/2006 disandang oleh Insp/P I/17439 Hjh Ellyia Ullfah bt. Hj. Mazlan. Terbaik Akademik, Insp/P I/17864 Khairul Anuar bin Mohamed, Terbaik Latihan Luar (Lelaki) Insp/P I/17540 Aidil Fitrah Firman Shah bin Shahar dan Terbaik Latihan Luar (Perempuan) disandang oleh Insp/P I/17459 Surayah bt. Ahmad.

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Kursus Asas Kadet Asp Kpsl Inspektor Percubaan Siri 1 200
dari kiri...Kadet ASP Mazlan Ismail, Insp/P Surayah Ahmad, YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Insp/P Aidil Fitraah Firman Shah dan Insp/P Hjh Ellyia Ullfah Hj. Mazlan.

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM