Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Pagi ini, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dengan motto 'Titik Permulaan Kecemerlangan Pasukan Polis', seramai 112 orang pegawai..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-konvokesyen-inspektor-percubaan-kpsl-siri-1-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:01 MYT
PULAPOL Kuala Lumpur - 29 November 2008. YDH DIG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyempurnakan Upacara Perbarisan Tamat Latihan & Konvokesyen Inspektor Percubaan (KPSL) Siri 1/2008 di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur.

Hadir sama di upacara tersebut ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Komandan-komandan Pusat Latihan Polis, Dif-dif jemputan serta ahli-ahli keluarga para pelatih.

Pagi ini, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dengan motto 'Titik Permulaan Kecemerlangan Pasukan Polis', seramai 112 orang pegawai yang berjaya dalam 'exercise' Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) yang lalu telah berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Inspektor Percubaan Siri 1/2008.

Antara intipati ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, beliau mengingatkan kepada semua Inspektor Percubaan ketika memulakan perkhidmatan di kontinjen atau formasi nanti ialah mengelak daripada terlibat dengan 7 sindrom negatif iaitu:
1.  Sindrom penyakit lumpuh yang disebabkan oleh hasil analisis iatu kebanyakan pelaksanaan program perubahan diperlambatkan dengan alasan untuk membuat kajian atau analisis yang mendalam terlebih dahulu;
2.  Sindrom lebih cakap dan kurang kerja;
3.  Sindrom tidak bermaya kerana tidak berdaya;
4.  Sindrom asyik menentang;
5.  Sindrom terlalu sayangkan masa silam;
6.  Sindrom kaki lari - iaitu seorang pegawai suka lari daripada masalah cabaran dan tanggungjawab;
7.  Sindrom fikiran sempit - hanya melihat faedah jangka pendek dan sikap segan melihat dunia luar.

"Jauhi diri daripada menjadi pegawai yang pesimis kerana orang yang pesimis selalunya melihat kesukaran dalam apa jua peluang tetapi sebaliknya orang yang optimis sentiasa dapat melihat peluang dalam apa jua kesukaran" kata beliau, mengakhiri ucapannya pagi ini.

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Antara ahli keluarga yang hadir

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Pemeriksaan Perbarisan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara sambil diiringi oleh Komandan PULAPOL dan Pegawai Pemerintah Baris

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Bacaan Doa Selamat...

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Perbarisan membuat Lintas Hormat dalam perlahan jalan dan cepat masa

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Platun Terbaik - Platun 1, Kompeni F

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
 YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bersama dengan ahli-ahli Persatuan Bekas Polis

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Jurulatih Terbaik, Sjn 119190 Mohd Zamri

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
Pensyarah Terbaik, Tuan Ariffin bin Sutan

Perbarisan Tamat Latihan Konvokesyen Inspektor Percubaan Kpsl Siri 1 2008
 YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar beramah mesra dengan I/19149 Roslan bin Sarail, Terbaik Latihan Luar (kanan), I/19203 Akup anak Janggu, Terbaik Keseluruhan dan I/19208 Khayri bin Mohd Ghazali, Terbaik Akademik.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM