Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 499 orang pelatih konstabel telah berjaya menamatkan latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dengan jayanya. Daripada jumlah tersebut, salah seorang daripadanya berkelulusan Ijazah, 31 o..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-dan-penyampaian-sijil-kursus-konstabel-siri-1-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT
PULAPOL Kuala Lumpur - 30 Julai 2010. Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Konstabel Siri 1/2010 telah diadakan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur pada pagi ini.

Majlis  Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Konstable Siri 1/2010 telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Hadir sama ialah YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Siri 1/2010, YDH Dato' Zamri bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas, YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan), YDH SAC Dato' Fatimah binti Ghazali, Timbalan Pengarah II Narkotik, YDH timbalan-timbalan Pengarah PDRM,  Wakil-Wakil Media, Ahli-Ahli Keluarga, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan serta Pelatih Konstabel.

Seramai 499 orang pelatih konstabel telah berjaya menamatkan latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dengan jayanya. Daripada jumlah tersebut, salah seorang daripadanya berkelulusan ijazah, 31 orang kelulusan diploma, 38 berkelulusan STPM dan selebihnya memiliki kelayakan di peringkat SPM.

Pengiktirafan dan Pentauliahan yang diberikan selama tiga bulan kepada semua pelatih ini merupakan kebanggaan kepada para ibu bapa dan keluarga masing masing yang turut hadir pagi ini. Tiga bulan adalah tempoh pelatih dilengkapi dengan dengan pelbagai ilmu kepolisan termasuk latihan kawad, latihan fizikal, perundangan, pengendalian senjata api, teknologi maklumat, pengetahuan agama dan pendidikan moral yang akan menjadi teras panduan semasa menjalankan tugas kelak.

"Abad ini budaya kehidupan masyarakat akan berubah di mana teknologi dan ilmu pengetahuan akan terus berkembang mengikut peredaran masa. Setiap warga PDRM juga semestinya mengikuti perkembangan tersebut agar corak dan tahap perkhidmatan PDRM selari dengan keperluan masyarakat"  antara intipati ucapan YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati pelatih-pelatih sekalian, agar mengelakkan dari terjebak dalam gejala-gejala yang negatif, seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kegiatan jenayah atau kelakuan tidak bermoral dan bertentangan dengan peraturan tatatertib, kerana kecuaian seperti ini akan menghancurkan kerjaya anda bahkan turut mencemarkan imej pasukan."

Di dalam upacara Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Konstabel (Awam) Siri 1/2010, Konstabel 175923 Mohd Haniff bin Mohd Ariff dinobatkan kategori Terbaik Keseluruhan, Konstabel 176016 Mohamad Khalid bin Mohd Hussin, penerima sijil kategori Terbaik Latihan Luar dan Konstabel 175864 Noor Adzelie Farieq bin Mohamad, kategori Terbaik Akademik.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Antara YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, bersama-sama menunggu ketibaan YDH Datuk Mashuri bin Zainal.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal, Pengarah Logistik membalas tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Pemerikasaan baris oleh YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal bersama YDH SAC Dato' Amar Singh Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Bacaan doa oleh C/Insp Ahmad Abu Bakar, Unit BAKA PULAPOL Kuala Lumpur.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Lafaz ikrar dilakukan oleh ASP Hema Nanthan a/l Rajaram, Pegawai Pemerintah Baris.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Lintas Hormat...Perlahan Jalan yang dipersembahkan oleh Konstabel Siri 1/2010.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Kumpulan Pancaragam PDRM, memainkan peranan penting di dalam Perbarisan Tamat Latihan pagi ini.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Anugerah...dari kiri, Konstabel 175864 Noor Adzelie Farieq bin Mohamad, Terbaik Akademik, Konstabel 175923 Mohd Haniff bin Mohd Ariff, Terbaik Keseluruhan dan Konstabel 176016 Mohamad Khalid bin Mohd Hussin, Terbaik Latihan Luar.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Konstabel Siri 1 2010
Syabas dan tahniah kepada 499 orang konstabel telah berjaya menamatkan latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Siri 1/2010.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM