Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pagi ini, Polis DiRaja Malaysia telah mencatat sekali lagi lipatan sejarah baru iaitu Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Lelaki Siri 2/2011 yang berlangsung di P..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-dan-penyampaian-sijil-konstabel-lelaki-siri-2-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:10 MYT

PULAPOL, Kuala Lumpur, 8 September 2011 - Pagi ini, Polis DiRaja Malaysia telah mencatat sekali lagi lipatan sejarah baru iaitu Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Lelaki  Siri 2/2011 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Majlis Penutup Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Lelaki Siri 2/2011 pada pagi ini telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis DiRaja Malaysia (KDN/KA).

Hadir sama ialah, YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia, YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Dato'-Dato', Pegawai Kanan Polis, Dif-dif jemputan rakan-rakan media dan ahli-ahli keluarga pelatih Siri 2/2011.

Berdasarkan Pelan Strategik Lima Tahun PDRM, PDRM mensasarkan untuk melatih seramai 12,000 pelatih setiap tahun selama 5 tahun mulai tahun 2007 bagi penambahan keanggotaan seramai 60,000 orang lagi, menjadikan kekuatan PDRM seramai 150,000 orang menjelang tahun 2011.

YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)mengucapkan syabas dan tahniah kepada 985 orang Pelatih Konstabel, yang telah berjaya menamatkan Program Asas Kepolisan (PLAK) dengan jayanya. Tempoh enam bulan berada di Pusat Latihan Pulapol Kuala Lumpur telah diharungi oleh pelatih-pelatih konstabel lelaki dengan semangat yang tinggi untuk mendisiplinkan diri serta dilengkapi dengan pelbagai ilmu kepolisan yang telah dipelajari termasuk latihan kawad, latihan fizikal, perundangan, pengendalian senjata api, teknologi maklumat, pengetahuan agama, pendidikan moral dan pelbagai lagi. Diharapkan dapat dijadikan panduan semasa menjalankan tugas kelak.

"Dengan berbagai latihan yang telah dilalui, saya percaya matlamat Pulapol Kuala Lumpur untuk melahirkan polis yang budiman atau 'GENTLEMEN OFFICER' akan tercapai. Sebagai seorang anggota polis, anda merupakan anggota di barisan hadapan atau 'FRONTLINER' pasukan. Di bahu andalah letaknya tanggungjawab bagi menentukan tugas-tugas tersebut mampu dilaksanakan dengan TEGAS, ADIL dan BERHEMAH", ucap YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.

"Selepas ini anda semua akan melapor diri di kontinjen dan formasi di seluruh Negara. Jalankanlah tugas yang telah diamanahkan dengan penuh bertanggungjawab, dedikasi, sopan dan mesra, terutamanya apabila berinteraksi dengan masyarakat" ujar YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rashid menasihatkan para pelatih yang akan menempuh tugas-tugas yang sebenar.

"Berilah perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada masyarakat, berkhidmat dengan ikhlas, cinta kepada PDRM agar PDRM sentiasa dijulang, bertindak mengikut peraturan dan berlandaskan undang-undang dan bekerjalah dalam satu pasukan", begitulah amanat oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid kepada pelatih Konstabel Polis sebelum mengakhiri ucapannya.

Perbarisan pada pagi ini diserikan lagi dengan persembahan daripada Pancaragam Pusat PDRM dan demonstrasi menumpaskan penjenayah serta seni mempertahankan diri.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM (kanan) diiringi oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM (kiri) dan YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur (kanan).

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
Periksa baris disempurnakan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM diiringi oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
dari kiri.. YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Pengarah KDN/KA, YDH SAC Zulkifli bin Mohamed dan pegawai-pegawai kanan PDRM menyaksikan persembahan yang disediakan.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
Persembahan "War Dance".

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
Lintas lalu oleh semua peserta perbarisan.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid menyampaikan hadiah kepada Konstabel Sairol bin Akob, pelatih terbaik bahagian akedemik.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid menyampaikan hadiah kepada Konstabel Mohd Rafizan bin Abdul Wahab, pelatih terbaik bahagian latihan luar.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid menyampaikan hadiah kepada Konstabel Amir Hamzah bin Ahmad, pelatih terbaik keseluruhan.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
Amanat disampaikan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid sempat bertemu dengan keluarga pelatih selepas selesai acara perbarisan tamat latihan.

Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Konstabel Lelaki Siri 2 2011
Sidang media dibuat di penghujung majlis makan bersama YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid.



Jurugambar   : L/Kpl Helmi & Konst Raymond
Wartawan     : L/Kpl Helmi
Penyunting   : 

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM