Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, hari ini sekali lagi cemerlang dengan patahnya satu sindiket pengedaran dadah jenis Ganja yang bertanggungjawab menyeludup masuk bekalan dari negara jiran...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyeludupan-bekalan-dadah-jenis-ganja-ke-malaysia-patah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:15 MYT

Bukit Aman - 8 September 2011

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, hari ini sekali lagi cemerlang dengan mematahkan satu sindiket pengedaran dadah jenis Ganja yang bertanggungjawab menyeludup masuk bekalan dari negara jiran. Pada 6 September 2011, Narkotik telah menahan enam orang yang terdiri daripada dua lelaki Melayu tempatan, dua lelaki warga Nigeria, satu lelaki serta satu perempuan warga Thailand. Hasil rampasan terdiri daripada 89 ketulan Ganja dengan anggaran berat 82.4 Kilogram.

"Jumlah dadah yang dinilaikan yang telah dirampas pada minggu ini sahaja adalah 2.5 juta ringgit, termasuk kes-kes kecil yang lain manakala sepanjang mingguan kajian, JSJN telah merampas pelbagai jenis dadah lebih kurang 2.6 juta ringgit keseluruhannya", YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di dalam kenyataan media di Dewan Thettreate, Menara I, Bukit Aman.

Turut hadir sidang media adalah YDH CP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah (Operasi/Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota polis dan Rakan Media.

Antara prestasi pencapaian JSJN Bukit Aman yang telah dicapai adalah pada 20 Ogos 2011, Narkotik berjaya menumpaskan pengedaran dadah yang membawa kepada penahanan 2 lelaki warga Nigeria, 2 perempuan warga Thailand bersama rampasan 18.3 Kilogram dadah jenis Ganja. Terbaru, iaitu pada 8 September 2011, lebih kurang jam 4.15 pagi, Narkotik telah menahan sebuah kereta di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Penahanan telah membawa kepada tangkapan 2 lelaki warga Nigeria dan 1 perempuan warga Thailand. Hasil rampasan ditemui 29 ketul dadah jenis Ganja yang dianggarkan berat 28.1 Kilogram.

Antara kejayaan lain, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terangganu berjaya menahan 1 lelaki Melayu berumur 26 tahun bersama 6, 930 pil WY dianggarkan Rm 73, 250, lima botol heroin dan wang tunai lebih kurang Rm 31,000.

"KLIA di dalam tiga bulan terakhir mencatatkan 4 tangkapan warga negara Iran berbanding 13 tangkapan warga Nigeria pada tahun ini. Kumpulan penyeludup ini juga telah menukar modus operandi menyeludup dadah melalui jalan darat selain menggunakan lapangan antarabangsa. Fokus kita sekarang adalah untuk mengetatkan dan mengawal sempadan negara kita daripada ditembusi oleh penyeludup-penyeludup dadah dari negara jiran", tambah YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah
Kenyataan media YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah
Antara yang hadir

Gambar Barang Rampasan
Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah

Penyeludupan Bekalan Dadah Jenis Ganja Ke Malaysia Patah


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Shareel bin Shariman dan Konst. Santher Kumar A/L Sehgar

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM