Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun

Published: 10 Jun 2014 2.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Buat pertama kalinya, warga Polis Diraja Malaysia dapat menyambut Hari Polis bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sempena Perbar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-perdana-hari-polis-ke-203-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 25 Mac 2010. Buat pertama kalinya, warga Polis Diraja Malaysia dapat menyambut Hari Polis bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sempena Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun. Kehadiran Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah menyemarakkan lagi semangat warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara ini. Y.Bhg. Datin Seri Rosmah bte Mansor turut mengiringi YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di perbarisan yang penuh gemilang ini.

Hadir sama di Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun ialah Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Datin Seri Tengku Marsilla binti Tengku Abdullah.

Turut hadir YB Dato' Wira Abu Seman bin Haji Yusop dan YB Tuan Jelaing anak Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berbahagia Dato' Sri mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta Dif-dif jemputan.

Tetamu-tetamu telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri serta YDH Pengarah-pengarah PDRM.

Tarikh 25 Mac pada hari ini adalah tarikh keramat yang menggambarkan sudah 203 tahun bermulanya kepolisan moden di negara ini. Hari Polis yang disambut pada setiap tahun, bukan sahaja merupakan hari pembaharuan lafaz ikrar perjanjian warga PDRM kepada masyarakat dan negara, tetapi sambutan ini ini juga adalah sebagai platform untuk pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai dan anggota polis yang komited dan dedikasi dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka dengan penuh cemerlang.

Pengalaman kepolisan yang diharungi selama 203 tahun di negara ini, banyak memberi iktibar yang tidak ternilai harganya dalam menegakkan undang-undang demi kedaulatan dan keselamatan negara tercinta. Sesungguhnya PDRM sentiasa bergerak selari dengan arus perdana dan bersedia memberi sokongan sepenuhnya ke atas usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kemakmuran negara dan menaikkan taraf hidup rakyat. Semua warga PDRM mempunyai komitmen yang tinggi untuk berganding bahu bersama-sama kerajaan agar program transformasi kerajaan akan berjaya dilaksanakan.

Justeru itu, bagi memastikan matlamat negara tercapai, banyak usaha PDRM telah menjurus  kepada projek yang bertujuan untuk mentransformasikan PDRM dalam menghadapi era baru dan kehendak rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan negara. Arus transformasi di PDRM ini membawa penambahbaikan dari segi sistem penyampaian perkhidmatan PDRM yang lebih cekap, efektif dan efisen kepada rakyat.

Ke arah itu, beberapa projek yang terlibat seperti Penstrukturan Semula Organisasi (PSSO) PDRM, RMP Net yang bertujuan meningkatkan kesepaduan, integriti dan kepantasan komunikasi bagi operasi PDRM antara darat, laut dan udara, Balai Polis Bergerak bagi tujuan pencegahan jenayah dengan lebih berkesan dan mantap, Pengawaman supaya lebih ramai pegawai polis dapat menjalankan tugas pencegahan jenayah di peringkat Daerah dan Balai Polis, mengujudkan jawatan Pegawai Perhubungan Narkotik Luar Negara yang bertujuan sebagai kerjasama sengan negara asing untuk menyekat penyeludupan dadah ke negara ini, Projek 5S yang bertujuan mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih, selesa serta produktif yang dapat membina budaya kerja yang dinamik dan positif, Integrasi PRS dan CARS supaya sistem Laporan Polis yang lebih mudah dan menyenangkan pengadu, Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PDRM
sejajar dengan saranan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada tahun 2005.

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun diketuai oleh DSP Hakemal bin Hawari selaku Pegawai pemerintah Baris, dibantu oleh Insp. Rosli bin Wahab dan Pegawai Panji Utama, Insp. Zulkifli bin mamat bersama 105 orang Kawalan Kehormatan dari Unit 69 Komando. Kumpulan Detachment pula terdiri dari 1,241 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai Jabatan PDRM.

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Hormat Perdana kepada  Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
 Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memeriksa Kawalan Kehormatan dan Detachment

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Bacaan Doa Selamat...

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Perbarisan Lintas Hormat didahului oleh Kawalan Kehormatan

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Pasukan Simpanan Persekutuan diketuai oleh ASP Alexandra@Muhamad bin Dawam

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Unit Berkuda diketuai oleh ASP Nor Azan Shah bin Sharani

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Penerima Anugerah Cemerlang kepada Pegawai dan Anggota serta kakitangan Awam PDRM

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Penerima Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Pelancaran Pelan Integriti PDRM oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Ucapan Aluan oleh YDH Ketua Polis Negara

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Ucapan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia...

Perbarisan Perdana Hari Polis Ke 203 Tahun
Melafaz Ikrar, diketuai oleh YDH SAC II Dato' Jaafar bin Yusof, Komander Unit TIndakan Khas.

ArticlePublished 10 Jun 2014 2.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM