Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Projek Sistem Biofis Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semenjak penggunaan BIOFIS sepanjang tahun 2009, sebanyak 1015 kes kejayaan pengesahan cap jari di tempat kejadian berbanding dengan 377 kes pada tahun 2008 dan 356 kes pada tahun 2007..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-projek-sistem-biofis-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:19 MYT

Bukit Aman - 26 Mac 2010. Perasmian Projek Sistem BIOFIS PDRM telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara di Auditorium PDRM, Bukit Aman pagi ini.

Hadir sama di perasmian tersebut ialah Y.Bhg. Dato' Mohamad Fauzi bin Sa'ari, Penasihat Korporat Yasmin Teknologi, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Y.Bhg Tuan Mohamad Nuhairi bin Dato' Paduka Rahmat, Executive Chairman Yasmin Holding, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander, Komandan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Upacara Perasmian Projek Sistem BIOFIS PDRM ini sangat bermakna, bukan sahaja bermanfaat kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia, tetapi juga kepada keselamatan kerajaan amnya. majlis yang julung kali diadakan ini adalah satu lagi inisiatif PDRM ke arah menentukan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Bukit Aman atau lebih dikenali sebagai Bahagian D2, merupakan agensi tunggal di negara ini yang bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod penjenayah bagi seluruh malaysia dan Singapura. Penyimpanan rekod-rekod jenayah tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa yang termaktub di bawah Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini No:7/1969 Akta 7.

Fungsi Utama Pusat Pendaftaran Penjenayah (D2) ialah :
1.  Mengendalikan Daftar Penjenayah bagi Malaysia dan Singapura
2.  Membekalkan sabitan lalu penjenayah bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.
3.  Mengendalikan pengesahan identiti melalui cap jari daripada tempat kejadian dan
4.  Mengendalikan tapisan keselamatan bagi Jabatan-jabatan Polis dan agensi-agensi Kerajaan Malaysia dan Singapura

Bagi meningkatkan keberkesanan kelancaran pengurusan cap jari dan kadar kejayaan penyelesaian kes jenayah, Bahagin D2 dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Bukit Aman telah mencadangkan peningkatan MAFIS (Malaysia Automated Fingerprint Identification System)  yang digunakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, IPK Sabah dan IPK Sarawak sejak bulan Januari 1996 kepada  BIOFIS (Biometric Fingerprint Identification System) yang mana penggunaanya akan diperluaskan hingga ke peringkat Daerah (IPD).

Dengan menggantikan tiga pengkalan data (Database) di Bukit Aman, IPK Sabah dan IPK Sarawak kepada hanya satu database sahaja yang ditempatkan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Semenjak penggunaan BIOFIS sepanjang tahun 2009, sebanyak 1015 kes kejayaan pengesahan cap jari di tempat kejadian berbanding dengan 377 kes pada tahun 2008 dan 356 kes pada tahun 2007 yang pada masa itu masih menggunakan Sistem MAFIS. Keberkesanan BIOFIS membantu kerajaan khususnya dan PDRM amnya dalam memproses dan mengesan penjenayah dalam masa yang singkat. Pada zaman berteknologi tinggi ini, ketepatan fakta dan bukti yang kukuh adalah sangat mustahak dalam setiap penyiasatan. tanpa bantuan teknologi, adalah sukar untuk PDRM menjalankan tugas dengan lebih efektif dan berkesan.

Perasmian Projek Sistem Biofis Pdrm
dari kiri....Y.Bhg Tuan Mohamad Nuhairi bin Dato' Paduka Rahmat, Executive Chairman Yasmin HoldinBhg, Dato' Mohamad Fauzi bin Sa'ari, Penasihat Korporat Yasmin Teknologi, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah JSJ dan YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah KDN/KA.

Perasmian Projek Sistem Biofis Pdrm
Gimik... Perasmian Projek Sistem BIOFIS PDRM

Perasmian Projek Sistem Biofis Pdrm
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir

Perasmian Projek Sistem Biofis Pdrm
Penyampaian cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM