Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Hari Polis Ke 210 Laungan Gempita Sedia Berkhidmat Tanda Semangat Warga Pdrm

Published: 25 Mar 2017 1.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak bergema seketika dengan laungan gempita slogan “Sedia Berkhidmat” yang dilaungkan penuh semangat dan lantang sebanyak tiga kali oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Perbarisan Memperingati Hari Polis ke-210 yang diadakan di sini, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-hari-polis-ke-210-laungan-gempita-sedia-berkhidmat-tanda-semangat-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:11 MYT
Kuala Lumpur, 25 Mac 2017 – Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak bergema seketika dengan laungan gempita slogan “Sedia Berkhidmat” yang dilaungkan penuh semangat dan lantang sebanyak tiga kali oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Perbarisan Memperingati Hari Polis ke-210 yang diadakan di sini, awal pagi tadi.

Membuka tirai Sambutan Hari Polis ke-210 pada tahun ini dimulakan dengan upacara perbarisan lintas hormat oleh detachment setiap jabatan dalam PDRM dan ianya merupakan agenda wajib dalam sambutan yang diadakan setiap tahun.

Upacara istiadat perbarisan pada hari ini telah dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersama isteri Datin Sri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dato’ Seri Mohd Najib dalam ucapan amanatnya berkata pihak kerajaan akan sentiasa menyokong di belakang PDRM kerana ianya merupakan sebuah pasukan keselamatan yang begitu disegani dan disanjungi.

“Saya berharap agar warga PDRM pakailah lencana dan baju seragam anda dengan penuh bangga, dan berikanlah perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam Ucapan Perutusan Rasmi Sempena Sambutan Hari Polis Ke-210 menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk terus menyokong dan memberi kerjasama kepada PDRM sebagai pemangkin kelestarian dalam usaha mewujudkan persekitaran sifar jenayah di Malaysia.

Bertemakan Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada, perbarisan pada tahun ini terdiri daripada 105 orang kawalan kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM dan 952 pegawai serta anggota detachment mewakili semua jabatan PDRM.

Antara acara selingan yang mencuri perhatian pengunjung adalah, persembahan gimik yang memaparkan elemen-elemen kepolisan dalam menumpaskan rentas sempadan dalam kes pemerdagangan manusia.

Turut diadakan pada majlis perbarisan pada pagi ini ialah Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada kepada beberapa penerima iaitu Sarjan Suriya Darma Nanang, Sarjan Sharul Adam Abdullah, Sarjan Jikiri Ali, Sarjan Ahmad Ab. Razak dan Sarjan Muhammad Shafiq Lagok Abdullah di atas jasa bakti mereka dalam mempertahankan daulat negara.

Antara yang hadir pada majlis pagi ini adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, barisan kepimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri, pesara-pesara polis, orang awam dan rakan-rakan media.

IMG_6807
Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak bergema seketika dengan laungan gempita slogan “Sedia Berkhidmat” yang dilaungkan penuh semangat dan lantang sebanyak tiga kali oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Perbarisan Memperingati Hari Polis ke-210 yang diadakan di sini, awal pagi tadi. 

IMG_5608
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim...

IMG_5639
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..

IMG_5679
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi..

IMG_6476
Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia..

IMG_5146
Sekitar acara perbarisan...

IMG_5101
Sekitar acara perbarisan...

IMG_6435
Tabik hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara..

IMG_6444
Tabik hormat daripada Ketua Polis Negara..

IMG_6460
Tabik hormat daripada Timbalan Perdana Menteri..

IMG_6491
Tabik hormat daripada Perdana Menteri Malaysia...

periksa baris2
Perdana Menteri turun memeriksa perbarisan...

DSC09296
Ucapan oleh Ketua Polis Negara...

DSC09322
Ucapan oleh Perdana Menteri Malaysia..

IMG_4339
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4420
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4462
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4494
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4526
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4537
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4568
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4601
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4616
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4654
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4673
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4700
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4750
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4760
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4770
Sekitar acara perbarisan...

IMG_4775
Sekitar acara perbarisan...

IMG_6538
Sekitar acara perbarisan...

IMG_6740
Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada kepada beberapa penerima iaitu di atas jasa bakti mereka dalam mempertahankan daulat negara.

DSC09341
Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada kepada antara beberapa penerima iaitu di atas jasa bakti mereka dalam mempertahankan daulat negara.

DSC09358
Sekitar demo sempena perbarisan Hari Polis...


IMG_4867
Sekitar demo sempena perbarisan Hari Polis...

IMG_4970
Sekitar demo sempena perbarisan Hari Polis...










ArticlePublished 25 Mar 2017 1.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM