Perasmian Seminar Pengurusan Inovasi Dan Kualiti Pdrm Bil 1 2010
Kuala Lumpur - 7 Januari 2010 - Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dianugerahkan pangkat Kehormat Senior Komisioner Polis 1 (SAC I) oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.
Majlis pemakaian pangkat dan penyampaian Watikah Pelantikan Pangkat Kehormat itu diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur, Cheras, bersempena Seminar Pengurusan Inovasi Dan Kualiti PDRM Siri 1/2010, bertemakan " Inovasi Pencetus Transformasi".
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis dan Ketua-ketua Polis Negeri, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Polis Daerah serta Ketua-ketua Polis Balai.
Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Zaidon bin Hj. Asmuni, Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Y.Bhg Dato' Hj. Abdul Halim bin Abdul Hamid Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) serta Pengarah-pengarah Rela dan JPAM peringkat negeri.
"Sehubungan itu, Dato' Sri Mahmood Adam akan menjadi Ketua Pemerintah kepada RELA dan JPAM dalam menjaga keperluan logistik dan kebajikan sepanjang penglibatan mereka dalam membantu PDRM untuk melaksanakan tugas pencegahan jenayah yang mensasarkan penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 5% dan jenayah jalanan sebanyak 20% pada hujung tahun ini", kata YDH Tan Sri Musa.
PDRM telah mengalami banyak perubahan dengan pelaksanaan program pembaharuan kualiti seperti MS ISO 9000, Sistem Star Rating, Program-program ICT dan pelbagai inisiatif pembaharuan urus tadbir. Pelaksanaan program pembaharuan kualiti tersebut telah berjaya meningkatkan kecemerlangan sistem penyampaian PDRM.
"Memandangkan persekitaran yang kian kompleks dan complicated, adalah penting transformasi dari era kualiti kepada era inovasi selari dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untuk dijadikan sebahagian agenda utama PDRM dan teras dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan bagi memenuhi ekspektasi dan aspirasi masyarakat yang berubah-ubah", kata YDH Tan Sri Musa semasa Ucapan Perasmian dan Pelancaran Big League Tables.
Pada hari ini juga, YDH ketua Polis Negara menguar-uarkan metodologi penilaian pencapaian prestasi setiap Balai Polis melalui Big League Tables dimana Balai Polis akan diberikan ranking berdasarkan proses utama balai dengan meletakkan keutamaan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA-National Key Result Area) iaitu pengurangan kadar jenayah dengan mengenengahkan KPI (Key Performance Indicator) berserta sasaran seperti berikut:-
Pertama :Jenayah Indeks meliputi Jenayah Kekerasan dan Harta Benda - penurunan 5 peratus
Kedua :Jenayah Jalanan termasuk Ragut, Samun Tanpa Senjata dan Samun Berkawan Tanpa Bersenjata Api- penurunan 20 peratus
Ketiga :Program Community Policing- peningkatan 5 peratus.
Sebelum mengakhiri ucapannya, YDH Ketua Polis Negara berharap semua warga PDRM dapat menyematkan iltizam dan transformasi dalam diri sendiri serta pasukan agar usaha sedemikian dapat memberi impak yang besar kepada sistem penyampaian PDRM.
Sebanyak lima pembentangan Kertas Kerja telah di adakan sepanjang dua hari berlangsungnya seminar ini. Tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah Pelaksanaan Program Persekitaran Berkualiti Melalui Amalan 5S - Polis Diraja Malaysia, Hubungan Kerjasama Dua Hala PDRM/JPAM/Rela-Perspektif Latihan, Big League Tables Dalam PDRM, PDRM Ke Arah Sistem Star Rating dan Pengawaman PDRM.

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan Watikah Pelantikan Pangkat Kehormat kepada Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

YDH P/SAC I Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), ucapan penerangan Big League Tables

Pelancaran Big League Tables oleh YDH Ketua Polis Negara

Pembentangan Kertas Kerja- Hubungan Kerjasama Dua Hala PDRM/JPAM/Rela - Perspektif Latihan, pembentangan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan moderator, YDH P/DCP Dato' Pahlawan Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ.

kiri...Y.Bhg. Ketua Pengarah Rela dan YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM

Antara Ketua-ketua Polis Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir

Sebahagian daripada Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai yang hadir di Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Inovasi Dan Kualiti PDRM Siri 1/2010

Pengarah-pengarah JPAM peringkat negeri juga turut hadir

Pengarah-Pengarah Rela...

Bergambar Kenangan bersama Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri