Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak

Published: 10 Jun 2014 6.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dapat menghakiskan spekulasi di kalangan masyarakat, terutamanya kes-kes yang menarik perhatian umum dan antarabangsa dimana maklumat yang diperolehi daripada Pusat Media adalah maklumat yang tepat, d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-pusat-media-kontinjen-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:49 MYT

Ipoh - 11 November 2010. Kontinjen Perak mengukir satu lagi sejarah kepada Polis Diraja Malaysia dengan penubuhan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, yang dirasmikan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara pada jam 2.30 petang tadi.

"Dengan adanya Pusat Media ini, laporan-laporan yang disiarkan oleh media massa akan lebih jelas, seimbang dan tepat ketika melaporkan sesuatu isu berkaitan PDRM dan keselamatan negara."

"Ini juga akan dapat menghakiskan spekulasi di kalangan masyarakat, terutamanya kes-kes yang menarik perhatian umum dan antarabangsa di mana maklumat yang diperolehi daripada Pusat Media adalah maklumat yang tepat, disahkan benar dan lebih bertanggungjawab", antara ucapan perasmian oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa merasmikan Pusat Media Kontinjen Perak.

Antara intipati lain ucapan yang disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara adalah, PDRM perlu melaksanakan strategi baru dalam menangani jenayah melalui pendekatan pelaksanaan strategi ofensif daripada defensif dalam hubungan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Strategi yang ofensif seperti membawa perkhidmatan polis kepada masyarakat (bringing the police service to the people) adalah satu pendekatan untuk memecahkan dinding halangan dan persepsi negatif yang terbentuk di kalangan segelintir masyarakat terhadap polis.

PDRM menyedari bahawa media merupakan medium yang amat penting sekali dan memainkan peranan utama dalam perlaksanaan strategi baru ini. Sebelum ini, pada 21 September 2010 lalu, Pusat Media Polis Diraja Malaysia peringkat Bukit Aman telah dirasmikan oleh YB Menteri Dalam Negeri yang bertujuan memberi kemudahan kepada pihak media dalam menyampaikan maklumat PDRM yang terkini dengan tepat, lebih infomatif dan friendly.

Hadir di Majlis Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak ialah YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak, YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah dan Ketua-ketua Polis Balai.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, YBhg. Dato' Rusliey bin Taib, Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan wakil-wakil media.

Sementara itu, di majlis ini juga, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PDRM Kontinjen Perak dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung, bertujuan untuk mewujudkan dan meningkatkan hubungan kerjasama dengan menjalankan satu kajian secara terperinci mengenai perlakuan jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Memorandum ini ditandatangani oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sebelum majlis perasmian, YDH Timbalan Ketua Polis Negara pada sebelah paginya, bertempat di Mes Pegawai Kanan Kontinjen Perak telah sempat beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada semua Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan Kontinjen Perak.

Antara amanat yang disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara ialah, beliau menasihatkan semua peringkat pegawai dan anggota hendaklah bertugas di dalam satu pasukan, ikhlas ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, berintegriti berasaskan Konsep 4P sebagaimana yang telah disarankan oleh YDH Ketua Polis Negara baru-baru ini.


Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
Ketibaan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail di Mes Pegawai Kanan Kontinjen Perak, disambut oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dan pegawai-pegawai Kontinjen Perak.


Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan amanat kepada semua Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan Kontinjen Perak.

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
Antara yang hadir di majlis amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
YDH Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra sebelum meninggalkan majlis

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara merasmikan Pusat Media PDRM Kontinjen Perak

Perasmian Pusat Media Kontinjen PerakMemorandum persefahaman antara PDRM dan UPSI, ditandatangani oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
Cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob

Perasmian Pusat Media Kontinjen Perak
Sidang Media selepas Majlis Perasmian Pusat Media PDRM Kontinjen Perak

ArticlePublished 10 Jun 2014 6.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM