Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah

Published: 10 Jun 2014 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bagi mencapai ke arah objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan berjaya menurunkan kadar Jenayah Indek seban..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-kompleks-ibu-pejabat-polis-daerah-perak-tengah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT

Seri Iskandar, Perak - 1 Jun 2010. Di pagi yang bersejarah ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah-Lah, Sultan Yang Di-Pertuan Dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan upacara Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.

Turut menyerikan majlis ini ialah Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja haji Shahar Shah.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, dengan penuh takzim, menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keberangkatan Duli-Duli Tuanku, yang sudi berangkat mencemar duli ke majlis ini.

Hadir di Upacara Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dan Y.Bhg Datin Noraini binti Abdul Jalil, YDH Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsila binti Tengku Abdullah, YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan YAB Datin Seri Sharipah binti Zulkifli, YB Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan YBhg. Datin Faridah bt Din, YBhg. Dato' Hasin bin Hasan, Pegawai Daerah Perak Tengah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Y.Bhg. Orang-Orang Besar Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Dif-dif jemputan.

Kerajaan telahpun membuktikan komitmen yang tinggi apabila menyediakan peruntukan sebanyak RM58.66 juta untuk membina Kompleks  Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar yang mula dibina pada 21 Ogos 1999 di atas tanah seluas 29.13 ekar. Pada 7 Ogos 2008, satu sijil siap kerja atau Certificate Practical Completion (CPC) telah diterima oleh pihak kontraktor yang menandakan siap dibina sepenuhnya.

Pada 24 November 2008,  Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah memulakan operasi pentadbirannya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang selesa dan moden. Kemudahan ini akan menjadi pemangkin untuk memberikan perkhidmatan yang profesional, pro-aktif dan berkualiti tinggi kepada lebih 100,000  masyarakat Perak Tengah.

Di bawah pentadbiran Polis Daerah Perak Tengah, terdapat lima buah Balai Polis, 13 buah Pondok Polis dengan keanggotaanya seramai 333 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Polis Daerah (KPD) berpangkat Superintenden Polis. Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah sekarang ini ialah Superintenden Mohamad Fakri bin Che Sulaiman.

Bagi mencapai ke arah objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan berjaya menurunkan kadar Jenayah Indek sebanyak 19.20%, untuk lima (5) bulan pertama tahun 2010,  dalam tempoh yang sama bagi tahun 2009.

"Anggota Polis hendaklah terus menghadapi cabaran dan dugaan dengan penuh cekal dan tabah. Tidak gentar untuk melaksanakan tugas dengan tegas sekiranya berada dipihak yang benar. Sentiasa mempertahankan imej Pasukan dengan komitmen untuk membina satu perkhidmatan yang  cukup berdisiplin. Hendaklah berazam menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang  boleh menjatuhkan maruah dan nama pasukan", titah perasmian oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
 YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja haji Shahar Shah

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah-Lah, Sultan Yang Di-Pertuan Dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan berangkat mencemar duli menyempurnakan upacara Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
DYMM Paduka Seri Sultan Perak membalas Tabik Hormat daripada Kawalan Kehormatan

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Hormat Diraja...Lagu kebesaran Negeri Perak dimainkan dan bendera peribadi Sultan dikibarkan. Kawalan Kehormatan terdiri daripada 3 pegawai dan 102 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Kuala Lumpur  diketuai oleh DSP Alexandra @ Muhamad bin Dawam

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sambil diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Alexandra @ Muhamad bin Dawam

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Gimik Perasmian...Rombongan pahlawan Melayu membawa pedang sundang, mengisahkan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak, era kebangkitan rakyat Melayu menentang penjajahan Inggeris

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
DYMM Paduka Seri Sultan Perak meletakkan pedang sundang, menandakan perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
YDH Ketua Polis Negara menyembahkan cenderahati kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad menyembah cenderahati kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
DYMM Paduka Seri Sultan Perak  berangkat melawat pemeran Sejarah Perak di ruang legar IPD Perak Tengah.

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah
Sesi Bergambar di Anjung IPD Perak Tengah
ArticlePublished 10 Jun 2014 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM