Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Ipd Kulaijaya

Diterbitkan: 12 Jun 2014 4.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
IPD Kulaijaya telah ditubuhkan bagi mewujudkan daerah yang ke-5 dalam Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia pada 1 Ogos 2007. Kompleks baru IPD Kulaijaya ini telah dirancang pembinaanya di bawah Priva..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-ipd-kulaijaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:55 MYT

'Polis Kontinjen Johor akan menjadikan Iskandar Malaysia sebagai sebuah wilayah pembangunan ekonomi mega berkelas dunia tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat di bumi bertuah ini'… Ketua Polis Negara.

Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Mohd Iqbal

KULAIJAYA - 29 Januari 2013. Seluruh warga Polis Diraja Malaysia khususnya di negeri Johor berasa amat berbesar hati di atas perkenannya Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya di pagi yang bersejarah ini.

Sesungguhnya kesudian Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencemar duli pada majlis yang penuh gilang gemilang ini merupakan satu rahmat dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Polis Diraja Malaysia keseluruhannya dan impian akhirnya menjadi kenyataan dengan berdiri megahnya sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya yang baru dan serba moden lagi canggih, bagi menjamin suasana kerja yang lebih kondusif dan selesa.

Turut berangkat di majlis itu, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor dan Paduka-paduka Putera dan Puteri serta Kerabat-kerabat DiRaja.

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi kasih di atas keprihatinan Duli Yang Amat Mulia Tunku berkaitan dengan anugerah-anugerah Duli Yang Amat Mulia Tunku kepada Polis Diraja Malaysia dalam bentuk logistik, yang telah meningkatkan imej terbaik Polis Diraja Malaysia dalam konteks prestasi penugasan.

Ucapan tahniah juga kepada Kontinjen Johor kerana berjaya menurunkan Jenayah Indeks selama 5 tahun berturut-turut mulai tahun 2008 dan Jenayah Jalanan bagi 4 tahun berturut-turut mulai tahun 2009, iaitu apabila NKRA mula diperkenalkan.


IPD Kulaijaya telah ditubuhkan bagi mewujudkan daerah yang ke-5 dalam Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia pada 1 Ogos 2007. Kompleks baru IPD Kulaijaya ini telah dirancang pembinaanya di bawah Private Financial Inisiatif (PFI) bermula pada 15 April 2009 dan telah siap sepenuhnya pada 1 Mac 2011 dan telah mula diduduki sejak 1 Mel 2011. Kini, IPD Kulaijaya mempunyai kekuatan seramai 572 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor, YB Dato' Haji Mohd Ali bin Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tuan Haji Obet bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Ahli dan Penasihat Jemaah Majlis Diraja, Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Dato’ Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor serta dif-dif jemputan.


Perasmian Ipd Kulaijaya
Pancaragam Pusat PDRM mengambil tempat

Perasmian Ipd Kulaijaya
Kawalan Kehormatan mengambil tempat

Perasmian Ipd Kulaijaya
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Perasmian Ipd Kulaijaya
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Perasmian Ipd Kulaijaya
Ketibaan YAB Menteri Besar Johor

Perasmian Ipd Kulaijaya
Pengacara majlis...

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Antara yang hadir...

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Sekitar majlis...

Perasmian Ipd Kulaijaya
Bacaan doa oleh Dato' Hj. Mohd Tahrir bin Dato' Hj. Samsuddin, Mufti Negeri Johor

Perasmian Ipd Kulaijaya
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

Perasmian Ipd Kulaijaya
Titah Pengisytiharan Perasmian

Perasmian Ipd Kulaijaya
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor menyempurnakan gimik perasmian

Perasmian Ipd Kulaijaya
Penyampaian cenderamata kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Perasmian Ipd Kulaijaya
Penyampaian cenderamata kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Persembahan aksi Komando Vat 69

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor memotong reben, menandatangani plak dan melawat pameran

Perasmian Ipd Kulaijaya
Sesi Bergambar...

Perasmian Ipd Kulaijaya
Santapan...

Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Perasmian Ipd Kulaijaya
Keberangkatan balik...

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 4.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM