Artikel
Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Turun Padang
Bersesuaian dengan objektif mengimplementasikan 'Polis Bersama Masyarakat' sekaligus memperkukuhkan kualiti institusi kepolisan di negara ini, YDH CP Dato’ Pah...
Program High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik ke Pantai Morib
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan & Kpl Mohd Shareel Shahriman
MORIB - 27 Januari 2013. Bersesuaian dengan objektif mengimplementasikan 'Polis Bersama Masyarakat' sekaligus memperkukuhkan kualiti institusi kepolisan di negara ini, YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah 'turun padang' ke Pantai Morib, Banting, Selangor pada jam 3.00 petang tadi, sempena Program High Profile Policing 'Walkabout' dan 'Meet and Greet'.
Hubungan polis dan masyarakat yang sekian lama terjalin, dapat dipereratkan lagi dengan program tersebut, selari dengan salah satu Konsep 4P, 'Perkhidmatan Berorientasikan Masyarakat', di mana semua peringkat pemimpin dikehendaki melibatkan diri bersama masyarakat dalam aktiviti kepolisan.
Sempena program tersebut, Jabatan Logistik PDRM turut menyumbangkan bantuan keperluan asas kepada 10 keluarga miskin sekitar Kuala Langat
Pantai Morib dipilih untuk Program High Profile Policing kerana mempunyai persisiran pantai sepanjang 3 km yang merupakan destinasi istirehat utama di Daerah Kuala Langat, disamping kemudahan asas seperti surau, tempat penginapan, gerai makanan, gelanggang gasing, pentas serbaguna, padang bola sepak pantai dan padang golf.
Pantai Morib juga menyimpan sejarah tersendiri di mana satu pasukan tentera India dari batalion ke 46 Tentera Marin British telah mendarat di situ pada 9 September 1945 bagi mempertahankan persisiran pantai dari serangan tentera Jepun.
Hadir sama di program tersebut ialah YDH SAC Mat Kasim bin Karim, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Teknologi Maklumat), Supt. Nordin bin Hj. Manan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota PDRM.

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Logistik bersama Unit Berkuda PDRM di Pantai Morib

Ketibaan YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM

Sekitar Program High Profile Policing 'Walkabout' dan 'Meet and Greet'...

Menandatangaani Buku Melawat

Antara penerima sumbangan keperluan asas...

Ketua Polis Daerah Kuala Langat menyampaikan cenderahati kepada YDH Pengarah Jabatan Logistik
Layari www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia