Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 81 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan (KAFA) berusia dari 5 hingga 12 tahun telah melibatkan diri dalam majlis tersebut bersama ahli keluarga warga Perumahan Polis Desa Aman 2...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perarakan-maulidur-rasul-kanak-kanak-kafa-desa-aman-2
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT
Kuala Lumpur - 18 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul (Maulidur Rasul dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) yang disambut oleh Umat Islam seluruh dunia, adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Setiap tahun pada hari ini, umat Islam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan  Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri Majlis Maulidur Rasul.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Petang ini, bertempat di Perumahan Polis Desa Aman 2, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Desa Aman 2 yang dipimpin oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor, Ustaz Mohd Afif bin Abu Bakar, Ustazah Mizatul Adawiyah bt Jalamludin dan Ustazah Wan Roszihan bt Wan Daud bersama Jawatankuasa Surau Perumahan Desa Aman 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Seramai 81 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan (KAFA) berusia dari 5 hingga 12 tahun telah melibatkan diri dalam majlis tersebut bersama ahli keluarga warga Perumahan Polis Desa Aman 2.

Ceramah berkaitan sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W serta sifat-sifat terpuji baginda telah disampaikan oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor dan Ustaz Mohd Afif bin Abu Bakar, seterusnya perarakan di dalam kawasan Perumahan Polis Desa Aman 2 dengan selawat dipimpin oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor.

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Ceramah oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor (tengah) bersama Ustaz Mohd Afif bin Abu Bakar dan DSP Zulkurrain Abdullah, Jawatankuasa Surau Desa Aman 2.

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Kanak-kanak lelaki KAFA yang hadir...

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Sedang menghafal Selawat...

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Seronok...berbaris sebelum memulakan perarakan

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Perarakan Maulidur Rasul bermula dari pintu utama Perumahan Polis Desa Aman 2.

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Ibu bapa juga tidak ketinggalan menyertai perarakan...

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Comel....

Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Bersemangat membaca selawat dengan kuat

Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting            : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM