Peranan Ipd Balai Polis Dimantap Tangani Masalah Jenayah
Miri,
4 Julai - Polis akan memantapkan peranan Ibu Pejabat Daerah (IPD) dan
balai polis sebagai inisiatif terkini menangani masalah jenayah
berteraskan konsep turun padang serta interaksi dengan orang awam secara
konsisten.
Ketua Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Datuk Wira Ayub Yaakob berkata berdasarkan model kejayaan polis Pulau Pinang mengurangkan kadar jenayah, kaedah pengumpulan profil sesuatu kawasan mungkin diaplikasi agar strategi bagi mengurangkan masalah jenayah dapat disesuai berdasarkan keperluan semasa.
"Sebagai
contoh, mungkin dalam balai polis kita bahagikan anggota untuk menjaga
sektor tertentu diketuai korporal dan peranan mereka untuk bergaul
dengan masyarakat setempat serta mengetahui profil kawasan itu," katanya
selepas melakukan tinjauan mesra di sini hari ini.
Tinjaun
mesra itu adalah acara rasmi pertama Ayub yang baharu dilantik
mengetuai jabatan berkenaan yang beroperasi secara rasmi Isnin lepas.
Ayub
berkata fokus turun padang akan mempunyai tiga objektif utama iaitu
mengetahui keperluan masyarakat setempat, memahami masalah serta mencari
penyelesaian dan mendapat maklum balas masyarakat terhadap sebarang
tindakan polis yang dilaksanakan.
Sumber : BERNAMA