Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Peragut Ditahan Dalam Ops Cantas Di Dungun

Published: 18 Jun 2014 2.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Dungun, 13 Okt - Seorang lelaki yang menjadikan kegiatan meragut sebagai kerjayanya dengan menyasar golongan wanita yang menunggang motosikal bersendirian ditahan di sini dalam Ops Cantas dua hari lal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peragut-ditahan-dalam-ops-cantas-di-dungun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:17 MYT

Dungun, 13 Okt - Seorang lelaki yang menjadikan kegiatan meragut sebagai kerjayanya dengan menyasar golongan wanita yang menunggang motosikal bersendirian ditahan di sini dalam Ops Cantas dua hari lalu.

Dengan tertangkapnya suspek berumur 27 tahun ini di Kampung Alor Tembesu, ia sekali gus dapat menyelesaikan 10 kes ragut di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suspek ditahan ketika sepasukan anggota polis melakukan rondaan dan terlihat suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang berasal dari Kampung Alor Tembesu, kami menemui dua dompet dan dua buah telefon bimbit yang dipercayai hasil ragut.

"Polis mengecam suspek menerusi keterangan mangsa sebelum ini yang mengatakan mereka diragut lelaki yang menaiki motosikal Honda EX5 berwarna merah dan melalui maklumat tersebut, suspek menjadi sasaran pihak polis," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Ahmad Zailani berkata pihak polis turut merampas motosikal yang digunakan suspek serta 12 beg tangan pelbagai jenama, 12 dompet wanita, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, kad pengenalan dan lesen memandu milik mangsa yang disorok di bawah rumah suspek. Suspek aktif meragut sejak tiga bulan lepas di sekitar pekan Dungun.

"Selain golongan wanita yang menunggang motosikal secara berseorangan, suspek juga sasar wanita yang berjalan kaki berseorangan di tempat awam walaupun di waktu siang hari," katanya.
Beliau berkata pihaknya mula menjejak suspek sejak bulan lepas selepas disyaki dia terlibat dalam kes ragut sejak Ogos hingga Sept lalu.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine dan turut mempunyai rekod jenayah lampau kerana memiliki dadah. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM