Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata selain itu pihaknya turut menahan tiga anggota kongsi gelap yang bekerja sebagai pengawal pintu masuk dan seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu di bawah Seksyen 326 dan 324 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
Siasatan lanjut mendapati GRO warga asing yang terdiri daripada warga Thailand, China dan Vietnam yang ditahan telah menyalahgunakan pas lawatan dan disiasat mengukit Seksyen 39B Akta Imigresen 1959.

Sumber: Harian Metro